Wednesday, August 12, 2015

Mesyuarat Dipanggil W/Azizah, Dibatalkan Tergesa-gesa Kerana DAP Tidak Mahu..



PAS tak rasa terpinggir, hubungan dengan PKR masih baik -Mahfodz

SHAH ALAM: PAS menafikan ia dipinggirkan daripada sebarang program anjuran parti pembangkang sebaliknya ia tidak menyertai program diterajui DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).


Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Mahfodz Mohamed menegaskan PAS sememangnya mengambil pendirian untuk tidak menyertai program pembangkang, sekiranya DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) turut serta.

"Sebab DAP sudah menolak kita, begitu juga dengan GHB sudah keluar daripada PAS. Yang kita ada dengan pembangkang adalah PKR sahaja. Sebab itulah kita tidak bersama. 
"Jikalau yang memanggil kita adalah PKR (sahaja), PAS akan datang," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Terdahulu sebuah portal mendakwa PAS mula 'keseorangan' selepas dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka.

Malah keputusan PAS untuk tidak menyertai himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan ini juga disebabkan parti itu akan menganjurkan himpunan Bersihnya sendiri.

Terbaru, PAS membuat keputusan menganjurkan himpunan Bersih mereka sendiri dan tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan pelbagai pertubuhan termasuk parti pembangkang.

PAS turut didakwa diketepikan dalam sekurang-kurangnya tiga program besar pembangkang seperti mesyuarat parti pembangkang pada 29 Julai, penyerahan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Ogos dan himpunan Bersih 4.0 hujung bulan ini.

Mesyuarat pada bulan lalu itu dipanggil ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun dibatalkan secara tergesa-gesa kerana DAP tidak mahu menyertainya jika PAS ada.

Mengulas hal berkaitan, Mahfodz menegaskan hubungan PAS dan PKR masih berjalan dengan baik apatah lagi dalam mempertahankan kerajaan Selangor. Malah kedua-dua parti berkenaan juga mengadakan mesyuarat baru-baru ini, namun Mahfodz tidak menyatakan apa diperbincangkan kerana tidak hadir di mesyuarat berkenaan.

"Pada minggu lepas ada (mesyuarat antara PAS dan PKR). Yang hadir adalah setiausaha agung, timbalan dan naib presiden PAS. Mereka nyatakan (mesyuarat) itu pada mesyuarat AJK PAS Pusat pada 8 Ogos lepas. 
"PAS tidak rasa terpinggir sebab kami sudah biasa bersendirian. Jika semua sudah tidak mahu bersama dengan PAS, maka kita akan bersendirian. Yang penting kita tidak merasa terpinggir," terang Mahfodz.

Muktamar PAS Kali ke-61 yang diadakan pada Jun lalu menyaksikan parti berkenaan memutuskan hubungan langsung dengan DAP, akibat tekanan dan serangan berterusan dalam beberapa perkara.

Malah kerjasama di dalam Pakatan Rakyat (PR) hasil gabungan PAS-DAP-PKR akhirnya terkubur sebagaimana diumumkan pada awal bulan lalu.
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui oleh pemimpin progresif PAS yang kalah pada pemilihan parti baru-baru ini juga merupakan haluan baru dalam pembentukan kerjasama parti-parti pembangkang.
  - AntaraPOS

Komen Weblog Ibnu HasyimMesyuarat pada bulan lalu itu dipanggil ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun dibatalkan secara tergesa-gesa kerana DAP tidak mahu menyertainya jika PAS ada. Cuba fikirkan, mengapa jadi begitu, siapa ketua pembangkang sebenarnya?

16 comments:

bunbinban said...

hahaha...sape ketua pembangkang sebenarnya?. org tua, lu pegi tanya hadi awang la. selama ni sape yg dok sibuk veto sana sini?.

Unknown said...

kak wan kan presiden kata tak layak jadi MB tetiba dok kata masih ada PKR, mabuk pil kuda gamaknya ha ha ha....

Ibnu Hasyim said...

Komen di atas dan yang sekandang dengannya, adalah komen yang berfikir dalam tempurung kepala otaknya sendiri. Komen tanpa fakta, hanya dengan emosi.

Mari kita lihat siapa pemimpin pmbangkang sebenarnya? Pada saya punca perpecahan PR bermula dengan Langkah Kajang yang dirancang PKR secara bersendirian dan sembunyi-sembunyi tidak diberitahu kepada rakan PR yang lain..

Rancangan bermula dengan penggulingan Khalid Ibrahim yang cuba diambil alih oleh Anwar atau isterinya. Banyak menghabiskan wang rakyat dengan membuat pilihan raya semula dan perletakan jawatan.

Malangnya Langkah Kajang gagal. Bila berlaku pertembungan dengan Sultan, Abdul Hadi tampil menyelamatkan suasana, hingga naiknya Azmin. Ini membuktikan Abdul Hadi berwibawa menjadi tokoh hebat antara pembangkan-pembangkang. Bukan ketua pembangkang yang keputusannya ada di tangan DAP.

Ditakdirkan PRU akan datang menyebabkan UMNO/BN tersungkur, politik Malaysia mungkin jadi macam politik Selangor. Kalau terjadi begitu, Sosok Abdul Hadi amat penting sebagai penyelamat rakyat Malaysia. Bukan Anwar yang di dalam penjara, bukan juga Guan Eng atau Kit Siang yang bermodel PAP..

Jangan perkecilkan Presiden PAS itu. Kita patut berbangga, kerana beliau satu-satunya orang Asia yang dipilih sebagai pimpinan majlis ulama sedunia, selepas presidennya Dr Yusuf Qardawi. Puluhan tahun Anwar Ibrahim berkawan dengan Yusuf Qardawi, tetapi Abdul Hadi yang dipilih sebagai timbalannya.

Kerana apa? Kerana dunia iktiraf ilmu dan kepimpinannya. Allahu Akbar! Hentikan mengejek-ejek presiden satu-satunya, parti Islam se Malaysia. Bukan kerdil macam babibun atau bunbinban dan kuncu-kuncunya.

Harap maaf, kalau jolok kuat dibimbangi latah singgungnya pun kuat juga. As-salamu 'alaikum.

Unknown said...

pak hasyim puncanya presiden taknak pergi mesyuarat. itu aje. mesyuarat dah setuju tetiba guna veto. kalau bermesyuarat dan berbincang boleh lah presiden terang kenapa, mengapa, bagaimana dan apa. tapi dia boleh kata ikut suka dia nak mesyuarat ke tidak..

Anonymous said...

sbb ikut suka aku la nak buat langkah kajang ke tidak? x gitu fizah? nk dengar dtg...kan..so dengar jer la...aku...hahahahahhaa...aku bkn kau....hahahahahaha...

Anonymous said...

Pak Hashim jgn lah jadi penegak benang basah. Apa yang Ustaz ustaz yg mengajar kat surau dan masjid tu kita faham tapi tindak perbuatan diorang tu buat mcm tak serupa mcm dalam kitab yg diorang ajarkan

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah, bagus. Untuk August 12, 2015 at 12:37 PM. Sila buktikan siapa, di mana, apa kesalahannya. Ada video atau saksi... Kalau kesalahan besar kita bawa kepada pihak berwajib, atau pimpinan PAS.

Di mana pula buktinya saya 'jadi penegak benang basah'?. Sila tunjukkan.

Kalau tidak ada itu, kamu tergolong sebagai pencipta dan penyebar fitnah, yang menjadi bahan bakar api neraka. Bertaubatlah! Na 'auzubillahi minzalik.

Saya tidak marah, mari kita sama-sama memohon kejernihan daripada Allah SWT.

Anonymous said...

PRU 13 ada 7 kawasan Pas hantar orang bertandingan.Khianat telah berlaku Pak Lebai Pak Lebai PAS relax je mcm tak berdosa.
Cukuplah bukti tu cakap tak serupa bikin mcm tak percaya aje orang Islam mungkir janji

IrWrWs said...

Setelah terbukti berlakunya adegan lompat melompat selepas PRU12 di kalangan PKR, DAP serta UMNO (wpun hanya sementara) di Perak pastinya TGHH lebih berhati2 memastikan calon2 pembangkang terutama PKR adalah terdiri dari yg berkredibiliti. 7 kawasan itu adalah kawasan kuat PAS yg diserahkan pada PKR utk ditandingi..

Jadi sewajarnyalah PAS bertindak demi mengelak penyokong2 PAS berpaling tadah.. tindakan2 kontroversi PAS selama ini pastinya mempunyai sebab yg kukuh termasuk menyingkirkan calon2 profesional yg tewas yg telah terbukti pro DAP yg secara jelas menentang hudud.

IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.
IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.
IrWrWs said...

Fizah.. sila lihat video dan nilaikan sendiri..
Watch "Hadi Tempelak Guan Eng" on YouTube - https://youtu.be/3AHZH5oaZmQ

LGE lebih byk ponteng mesy.. tapi GHB ditutup mulut oleh DAP atau hidung ditarik??

IrWrWs said...

Itu hanya bahasa kiasan.. kena paham bahasa politik ni fizah.. sebenarnya sultan selangor yg tak nak wanita jd MB.. susah nk laksana protokol2 dlm majlis2 resmi lah gamaknya..

IrWrWs said...

Kuasa veto TGHA amat jarang sekali digunakan dlm membuat keputusan2 penting parti.. dalam kes membatalkan keputusan mesyuarat PR utk melantik satu calon shj iaitu DSWA utk jawatn MB Selangor, adalah kerana TGHA lebih menghormati permintaan Sultan Selangor sendiri yg meminta agar ada calon lain selain DSWA.. pertembungan antara ketua agama islam negeri dan PR Sgor yg ada DAP pastilah didahulukan Sultan Selangor sbg ketua agama islam negeri !!

Anonymous said...

Main point ........Mungkir janji sifat orang munafik dan yahudi

IrWrWs said...

Itu bukan mungkir janji kerana tidak ada apa2 hitam putih.. . Yg ada hanya persefahaman longgar.. Ambil contoh.. sekiranya PKR mengambil sekali lagi calon2 yg pernah melompat pd pru 12 dulu utk jd calon pru13.. takkan kita nak diam seribu bahasa kan?.. as simple as that..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails