Sunday, August 09, 2015

Dunia Islam Kehilangan Seorang Faqih, Syaikh Wahba Zuhayli.

Syaikh Wahba Zuhayli. (all4syria.info)
Syaikh Wahba Zuhayli. (all4syria.info)

Damsyik. Seorang ulama Syria dan ahli ilmu fiqh yang terkemuka di dunia Islam, Syaikh Wahba Zuhayli, meninggal dunia, Sabtu (8/8/2015) sore kemarin. Syaikh Zuhayli meninggal dalam umur 83 tahun.

Syaikh Zuhayli adalah salah seorang ulama besar Ahlussunah wal Jamaah dari Syria. Beliau adalah ahli ahli di sejumlah akademi fiqh, seperti Makkah, Jeddah, India, Amerika, Sudan, dan lain-lain. Di Syria, Syaikh Zuhayli menjabat kepala jurusan fiqh, fakulti Syariah, Universiti Damsyik.

Syaikh Zuhayli pernah mendapatkan penghargaan tokoh Islam terbaik dalam acara menyambut tahun baru Hijriah yang diadakan kerajaan Malaysia pada tahun 2008.

Dilahirkan pada tahun 1932 di bandar Rif Damsyik. Lulus di fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir, dengan predikat lulusan terbaik. Selain di Al-Azhar, Syaikh Zuhayli juga mendapat gelaran License ilnu syariah dan undang-undang dari Universiti Ain Syams, Kaherah.

Gelar master dalam ilmu syariah beliau raih pada tahun 1957 dari Universiti Kaherah, dan doktoral diraih pada tahun 1963, dengan predikat summa cumlaude.

Sebagai warga Syria, Syaikh Zuhayli turut prihatin dengan keadaan Syria saat ini. Pembunuhan, pengusiran, pengungsian, dialami rakyat Syria. Dalam wawancara dengan pejabat berita Ashrq Al-Awsat, beliau menyatakan akan tetap berada di Syria, menjalankan tugas keilmuan dan agamanya.

Beliau juga meminta semua ulama di seluruh dunia untuk membantu dan menyokong rakyat Syria agar segera mendapatkan kemerdekaan yang dicita-citakannya. 

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun!
(Msa / dakwatuna)
Sumber: 7n27.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails