Thursday, August 13, 2015

GHB Johor Gunakan Pendekatan Inklusif, PAS Bukan Musuh.

Aminolhuda (tengah) bersama Dzulkefly (kanan) menunjukkan risalah mengenai gerakan berkenaan.

JOHOR BAHRU: Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) Johor tidak menjadikan Pas di negeri ini musuh, "kata Pengerusinya, Aminolhuda Hassan.

Katanya, pergerakan itu sentiasa menggunakan pendekatan inklusif menjadikan semua pihak rakan demi membela rakyat.

"Dalam politik tiada keperluan untuk Harapan Baru meramaikan musuh malah gerakan ini tidak pernah menjadikan Pas musuh.
"Kalau boleh kami mahu sentiasa duduk semeja (dengan Pas) bagi usaha bela rakyat," katanya di sini, semalam.

Aminolhuda yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Johor berkata, pergerakan itu akan terus bertindak sebagai check and balance dalam Pas.

"Kita mahu wujudkan 'hubungan' dengan semua orang termasuk mereka yang bukan Muslim.
"Malah bersama DAP dan PKR juga, kami diterima baik setiap kepimpinan serta ahli. Mereka turut sertai acara Harapan Baru Johor, "katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi GHB Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan kononnya gerakan itu 'mencuri' ahli Pas.

"Itu tidak betul, ini kerana selepas Muktamar Tahunan Pas lalu, ramai hendak tahu (secara sukarela) apa sebenarnya berlaku dalam Pas sekali gus hadir program kami.
"Mereka (khususnya ahli Pas) mahu dengar setiap penerangan. Kita tak curi ahli, sebaliknya benarkan mereka dengar dan kemudian buat keputusan, "katanya. (SH)

2 comments:

cucu mamak kutty said...

bukan nya hb mencuri ahli pas,manusia bukan nya benda boleh di curi2,semua org ada pendirian,mereka adalah org2 yg punya pendirian sbb tu mereka pilh pas dan bukannya umno sebagai wadah perjuangan akan tetapi bila di lihat pas sudah mula menyeleweng dari perjuanganasal,maka semua org ada hak untuk terus berada dlm pas atau keluar meninggalkan pas,maka ghb adalah pilihan mereka untuk meneruskan agenda perjuangan mereka untuk membela nasib masa depan generasi anak cucu mereka yg akan mewarisi negara ini.....mereka meninggalkan dgn rasa betul2 kecewa dgn sikap pimpinan pas yg dah mcm org dirasuk syaitan....aku jadi ahli pas sejak tahun 1983 sebagai ahli pas seumur hayat tapi kini aku akan tinggalkan pas dgn penuh rasa sedih dan kecewa kerana ulamak2 dlm pimpinan pas telah terkena rasukan syaitan.....selamat tinggal pas

Anonymous said...

Aku sekeluarga juga seperti kamu,kini telah keluar dari Pas kerana disebab kan ulamk dalam Pas yang tidak menjaga diri sebagi ulamak yang disegani masyarakat,mereka bertindak seolah2 mngikut nafsu syaitan ,apa yang dilakukan seolah2 tidak berdosa bagi mereka,jauh sejauh2 nya dari pegagangan Tok Guru Nik Abd Aziz.selamat tinggal Pas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails