Sunday, August 09, 2015

Pertembungan Awal PAS/GHB Di P'raya DUN Sarawak?


Pertembungan awal PAS/GHB mungkin akan berlaku dalam pilihan raya DUN Sarawak. Hal berikutan rancangan PAS yang merancang untuk bertanding di lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.

6 daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak. Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata 6 kawasan itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawei.

Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi PAS nanti lebih besar berbanding PRN sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka, walaupun sedar PAS bakal berhadapan cabaran besar ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kemunculan Gabungan Harapan Baru (GHB).
Mohamad Sabu 
Sedangkan GHB yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan akan ditubuhkan pertengahan September dengan hasrat menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik antara mereka. Bulan lepas seorang jurucakap GHB Sarawak berkata pergerakan itu sudah mengenal pasti calon mereka yang akan bertanding pada PRN akan datang.

Bercakap pada persidangan media selepas melancarkan jentera pilihan raya Negeri Sarawak Dewan Pemuda PAS di sini lewat malam tadi, Nik Abduh berkata berdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak, pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Ini lebih-lebih dari segi populariti Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem yang cukup besar, namun menurutnya PAS adalah sebuah parti yang sukakan cabaran. Kata Nik Abduh lagi.  (IH)

2 comments:

paparock said...

Bagus juga kalau geng GHB vs PAS di Sarawak. Yela... kurang2 boleh lepas dendam kalah dalam pemilihan. Yang paling penting kita boleh kenal sape GHB tuuu...kerana kalah sanggup buat apa saja untuk meruntuhkan perjuangan Islam. Yang kelakarnya tak setuju dengan pimpinan ulama tapi boleh pula setuju dengan DAP...ni baru pro...profesional dan progresif...dalam kata yang lebih mudah...pemikiran bercelaru kerana dendam kesumat

zamani said...

biarkan pas lawan ghb kerana nanti siapa yang menang boleh pergi lebih jauh tapi buat masa sekarang ni elok pas buat demo bersih 4 bersendirian kerana mereka akan lebih kuat bila sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails