Tuesday, August 11, 2015

Kongres Rakyat: Meneruskan Agenda Tuntutan Rakyat. Tunggu! -Tim.Pres.PAS


Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
PAS konsisten menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih bagi menjamin kelangsungan sistem demokrasi dalam negara ini. Pelbagai bantahan terhadap penyelewengan dalam pilihan raya seperti penggunaan jentera kerajaan, daftar pemilih yang dipertikaikan, persempadanan pilihan raya dan penggunaan media perdana oleh parti pemerintah sahaja adalah antara sebahagian isu dari pelbagai isu utama yang ada.

Pelbagai bentuk bantahan digunakan bagi melaksanakan tuntutan seperti menghantar memorandum, dialog bersama SPR, perhimpunan aman, dan mengumpulkan tandatangan adalah sebahagian usaha bagi menjayakan tuntutan tersebut. PAS mengambil bahagian dalam semua bentuk tuntutan secara aktif.

Tunggu arahan

PAS akan terus bersama kebangkitan rakyat khasnya anak-anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut ekonomi, politik dan urustadbir negara kini.

Walau bagaimanapun oleh kerana kedudukan PAS kali ini bukan lagi penganjur bersama sebagaimana himpunan Bersih sebelum ini, maka parti telah bersetuju menghantar Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad dan Saudara Kamaruzaman Mohamad bagi mendapatkan maklumat lanjut himpunan tersebut. Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang rally yang akan diadakan nanti.

Dalam suasana politik negara yang tidak stabil kini, PAS tidak akan bersetuju dengan apa jua usaha yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang ada, kerana ia akan diambil kesempatan oleh parti pemerintah bagi mengalih isu utama kepada tindakan provokasi bagi mencetuskan kegawatan dalam negara.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden, bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli. Kita akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut.

Kongres Rakyat

Insya Allah, bagi melunaskan maksud mendukung cita-cita perjuangan rakyat yang mahukan perubahan positif dalam negara ini, PAS akan menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan NGO, tokoh-tokoh masyarakat, parti politik, gerakan mahasiswa dan lainnya yang bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat bagi meneruskan agenda dan tuntutan rakyat.

Kongres ini adalah kesinambungan pelbagai himpunan parti bersama rakan-rakan NGO yang diadakan sebelum ini. Kongres ini akan dikendalikan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat bersama pelbagai pihak yang akan turut serta sama ada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS 

4 comments:

Anonymous said...

KENAPA LA KEMPIMPINAN PAS LEMBAB SANGAT
TUNGGU....TUNGGU...
LAST2...ADA KAT LONDON...ADA KAT MESIR
EHMMMM...PONTENG
DAH TERJANGKIT DGN PERANGAI PRESIDEN.


NAMPAK SANGAT KEPIMPINAN YG TAK CERIA DAN EFFECTIVE
KAMI RAKYAT BIASA PUN TAK PERLU NAK TUNGGU TUNGGU...

KENAPA...
NAK TUNJUK BERSISTEMATIK LA KONON
NAK TUNJUK BERPEATURAN LAH...

SUDAH LAHHHHH...
PENGUNDI DAH MUAK DGN PERANGAI TUNGGU...TUNGGU...TUNGGU

Unknown said...

hangpa duk je la kat umah. orang tak nak hang join pun.

Anonymous said...

Dah hidung kemek pipi pula banyak jerawat,Tidak ada siapa pun hingin mendakiti ,kasihannnnnnn Pas yang tak pas (tak lulus)

Anonymous said...

Jangan lupa bawa telur busuk supaya dapat dilemparkan pada Lim Tokong dan Lim Sial ketika demo nanti.Tetapi kalau masih kecut telor lebih baik makan telor busuk itu sebelum pulang rumah . Kah...kah..kah.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails