Friday, August 14, 2015

Ini, 1 Antara 100 Bekas Anggota GAM Akan Sertai IS.



Fakhruddin mendakwa dia diabaikan oleh bekas kepimpinan GAM ketika ditemui di rumahnya di daerah Julok, Aceh semalam. - AFP



BANDA ACEH – Bekas pejuang pemberontak Aceh dikatakan mahu menyertai kumpulan Islamic State (IS) selepas mendakwa mereka diabaikan oleh pihak berkuasa.


Walaupun ramai bekas pemimpin pemberontak mendapat manfaat daripada perjanjian damai dan kini menjadi ahli politik utama Aceh, namun bekas komander pembe­rontak seperti Fakhruddin Kasem, 35, antara yang berasa diabaikan.
“Sebagai pejuang pemberontak, saya berasa dikhianati kepimpinan kami kerana mereka tidak menjaga orang seperti saya,” katanya.
Dia merupakan antara 100 bekas pemberontak pada bulan lalu berikrar menyertai IS di Syria kerana mendakwa dibayar gaji lumayan bagi membolehkan mereka menyara keluarga.
Sehingga kini kira-kira 500 orang warga Indonesia dipercayai telah pergi ke Asia Barat untuk menyertai IS sehingga me­nimbulkan kebimbangan mereka mungkin menghidupkan semula jaringan militan sofistikated yang bertanggungjawab me­nyerang sasaran Barat selepas pulang ke negara ini.
Belum dapat dipastikan sama ada bekas pembe­rontak berkenaan akan menyertai pertempuran di Syria atau Iraq tetapi ancaman tersebut menyer­lahkan bagaimana peralihan hidup menjadi orang awam tidak berjalan lancar bagi ramai pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
GAM melancarkan perjuangan menuntut sebuah negara Islam di Aceh pada 1976 yang penduduknya sangat bangga dengan identiti serta sejarah pusat dagangan dan pendidikan Islam ulung.
Pertempuran antara pem­berontak dan tentera kerajaan selama 29 tahun menyebabkan hampir 15,000 orang terbunuh sebelum tsunami pada 2004 yang akhirnya mendorong GAM dan Jakarta me­meterai perjanjian damai.
Pemerhati mendakwa sebahagian bekas anggota GAM telah mendapat manfaat daripada kekayaan minyak dan gas di wilayah ini tetapi mereka yang memegang kuasa dituduh lebih sibuk me­ngumpul kekayaan sendiri daripada membantu penduduk Aceh. – AFP
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails