Friday, August 14, 2015

Keahlian Pas Meningkat, 4,000 Lagi, Selepas Proses Pembersihan. -Abd Hadi.

KUALA TERENGGANU - Pas menganggap tindakan sekumpulan ahlinya yang keluar parti itu sebagai satu proses pembersihan dalam Pas.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkembangan itu langsung tidak membimbangkan sebaliknya optimis dengan tindakan pihak terbabit dan menyifatkan ia adalah pemutihan yang berlaku secara automatik.

"Itu pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri. Apabila berlaku banjir bah, pasir berubah..tidak risau, tidak risau. Gembira, gembira," katanya kepada pemberita ketika hadir di Majlis Hari Raya Terbuka Pas Terengganu di hadapan Pejabat Pas Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh serta pimpinan negeri termasuk Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat.

Beliau turut memberitahu bahawa keahlian Pas semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan mendakwa kira-kira 4,000 ahli baharu telah pun didaftarkan, manakala lebih kurang 3,000 borang keahlian baharu sedang diproses ketika ini.

Dalam perkembangan sebelum ini, beberapa pihak keluar Pas termasuk bekas Ketua Pemuda Pas Melaka, Jauhar Mohd Dawi yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Harapan Baru, sebelumnya bekas Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari dan Ketua Pemuda Pas Shah Alam, Helmi Radzuan, serta 12 orang anggota jawatankuasanya.

Selain itu, seramai 12 orang terdiri daripada pemimpin dan ahli Pas kawasan Jelebu termasuk bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan Jelebu, Mohd Faizal Fadli Idrus turut mengambil tindakan sama, semalam.

Dalam perkembangan lain berhubung Himpunan Bersih 4.0, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu pihaknya hanya menghantar dua orang wakil ke perhimpunan tersebut pada 29 dan 30 Ogos ini kerana memaklumkan pihaknya akan menganjurkan majlis sendiri nanti.

Dua wakil tersebut adalah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad. (SH)

7 comments:

Anonymous said...

Kesian aku kat Tuan Presideng ni... MERAPU MERABAN tak tentu hala !

Unknown said...

Tuang presideng boleh berangan Terengganu dalam tangan. Alahaiiii ....luncai mujur ada labu baru dapat terjun sungai.

IrWrWs said...

Mengemukakan fakta dikata merapu.. kalau DAP kata TGHA khianat dianggapkn spt hadis sahih yg tiada salahnya..

Anonymous said...

Betul ke 4000? Setahu akulah selalunya majlis penyerahan borang... dalam sampul tu yang benar2 nak jadi ahli 2-3 orang, yang lebih tu sama ada kertas A4 recycle atau borang kosong. Kalau 4000, maknanya kuranglah 40 orang. Malah kadang2 borang diisi pun bukan atas kerelaan pemohon tapi mak bapak daftar anak atas konsep anak ahli PAS jadi ahli PAS.... tapi kemudian ghaib... cuma mak bapak tolong bayar yuran.... malah lebih ekstrim cawangan menanggung yuran tahunan ahli... dan lebih bangang peringkat kawasan bayar yuran ahli... dalam senarai nampak ramai... tapi bila kita minta kawasan buat clearan mulalah jumlah ahli hilang separuh sebab tak aktif. Jadi jangan bangga sangatlah keahlian sejuta.... atas kertas je... bukan realiti.

IrWrWs said...

Tak perlu risau dgn bilangan 4,000.. kita akan buktikan nanti bila Bersih 4 jd kenyataan.. kalau penyertaan Bersih 4 berkurang sehingga 80%.. maknanya majoriti peserta Bersih selama ni adalah ahli PAS.. dan tidak mustahil ahli baru PAS boleh cecah angka mendadak 40 atau 5,000 sekalipun..

IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.
IrWrWs said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails