Monday, August 10, 2015

Anjur Himpunan Ulama Lahirkan Pendekatan Islam 'Fikah M'sia'. -Dr Mujahid (GHB)

Datuk Dr Mujahid Yusof menafikan Nunji'15 diadakan bagi membuktikan Gerakan Harapan Baru juga mempunyai ulama daripada kalangan pemimpinnya sebagaimana tuduhan sesetengah pihak. - Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015.

Gerakan Harapan Baru (GHB), kumpulan yang lahir daripada perpecahan PAS akan menganjurkan himpunan ulama mereka sendiri hujung minggu ini bagi mencari formula pendekatan Islam dalam bernegara dan melahirkan 'fikah Malaysia'.

Himpunan yang dinamakan Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji'15 akan menghimpunkan para ulama dan asatizah (pemberi kuliah agama) untuk mengkaji pendekatan fikah kenegaraan untuk Malaysia.

Ia akan diadakan 15 Ogos ini di auditorium Perpustakaan Awam Selangor di Shah Alam di mana 10 pembentang akan memberikan pandangan masing-masing termasuk ulama dari luar negara.

"Kita akan melihat Islam dalam keadaan tempatan di Malaysia yang bermasyarakat majmuk untuk melahirkan 'fiqh' (fikah) Malaysia yang tidak lari dari syariat dalam konteks negara seperti Malaysia," kata Datuk Dr Mujahid Yusof, pengarah Nunji'15 kepada The Malaysian Insider.

Beliau menolak Nunji'15 diadakan bagi membuktikan GHB juga mempunyai ulama dari kalangan pemimpinnya bagi menjawab tuduhan sesetengah pihak, kerana ia persoalan remeh sahaja.

Baginya, seminar ini akan membincangkan perkara yang lebih besar yang selama ini terlepas pandang iaitu Islam dalam konteks kenegaraan di negara seperti Malaysia.

Katanya, umum berpendapat, politik dan syariah Islam ini kontradik dengan Malaysia dan ia perlu diperbetulkan.

"Apa yang perlu dilihat adalah Islam adalah agama rasmi persekutuan dan agama lain bebas diamalkan. Islam pula kuasa negeri yang melahirkan konflik antara perlembagaan dan kefahaman. Ini perlu kita kaji.
"Kita akan buktikan, dalam suasana Malaysia, syariah Islam tidak bercanggah. Kerana, hukum boleh berubah mengikut tempat dan keadaan serta keadaan sebagaimana yang dibahaskan panjang lebar oleh Ibnu Qayyim," kata Mujahid.

Nunji'15 juga, kata Mujahid, akan membincangkan pendekatan pelaksanaan syariah di Malaysia agar tidak terperangkap dengan pemikiran seolah-olah pelaksanaan hudud sahaja menjadi masalah utama di Malaysia.

Selain itu, seminar ini bertujuan mendapatkaan pandangan agamawan dalam menetapkan agenda Islam dalam perjuangan GHB di samping menjadi asas kepada penglibatan para ulama dan asatizah dalam menggerakkan secara bersama organisasi GHB sebagai pimpinan dan aktivis. - 10 Ogos, 2015. (TMI)

5 comments:

Anonymous said...

Kenapa GHB risau sangat pasal hudud. Perlu sangatkah restu DAP.
Hudud yang nak dicubakan oleh kerajaan PAS Kelantan adalah terlalu kecil scopenya. Hanya di Kelantan,untuk orang. Pindaan hukum sivil pada bilangan merotan supaya undang2 berkaitan arak dan tuduhan berzina dapat dilaksanakan dalam mahkamah syariah.

Anonymous said...

Pandangan saya GHB x risau pasal hudud. Cuma xnk kene patuk ular 2 kali. Klu u fhmla maksudnya.. Smpi skrg xde dgr cite pun psl kanun jenayah syariah tu, mmg dh tanda2 nk kene patuk la tu... Ke mmg dh kene patuk, xtaula.. mmgla nk pinda, nk pinda apanya nk bentang pn x boleh

Anonymous said...

SYABAS GHB

Anonymous said...

Hudud punya pasal..lebai Hadi dibodohkan.
Lepas tu termakan hasutan..dah jadi mcm anjing umno pulak...malah lebih umno dari umno. Menyalak kata GHB dikudakan DAP.

Bro...kitapun ada agama juga...kitapun tahu batas2nya. Tetapi kita tidak bodoh dlm politik mcm lebai Hadi dibodohkan

Unknown said...

Berkawan boleh tapi peganglah firman Allah
" Sekali-kali tidak akan redha org Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikuti jalan-jalan mereka (Al Baqarah:20)

Apatah lagi agama ciptaan manusia anutan DAP lagilah perlu waspada. Yakinlah ayat-ayat Allah kerana Allah tidak pernah berbohong. Nauzubillah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails