Saturday, December 05, 2015

Kritik Lim: NGO Minta DAP Tidak Pecat Perwakilan. DAP Makin Gawat.

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP) semalam telah menghantar memorandum kepada Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur meminta jaminan agar parti itu tidak memecat atau menyaman perwakilan parti yang mengkritik Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam konvesyen parti itu Ahad lalu.
Bercakap kepada media, Presiden PMSP, Ramesh Rao Krishnan Naidu berkata memorandum itu dihantar kepada pemangku Pengerusi DAP yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai.
Ramesh Rao yang juga bekas ahli DAP berkata mengikut pengalamannya parti itu akan bertindak balas terhadap ahli parti yang mengkritik Lim yang merupakan Setiausaha Agung DAP.
Beliau merujuk kepada dua perwakilan DAP yang mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang perlu disandang oleh pemimpin parti tempatan dan bukannya oleh Lim yang dainggap sebagai orang luar.
Cadangan itu dibuat ketika Konvesyen DAP Pulau Pinang di Hotel Equatorial, Ahad lalu

rao2
Ramesh Rao Krishnan Naidu
“saya baharu mendengar perwakilan yang mempersoalkan giliran Ketua Menteri di Pulau Pinang akan dipanggil ke lembaga disiplin kerana telah memalukan parti.
“Saya minta parti tidak akan pecat atau saman kedua perwakilan tersebut yang telah mempersoalkan kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.
“Andai kata mereka disaman atau dipecat, kami akan bela mereka,”katanya.
Pada Ahad lalu, dua perwakilan DAP, Shamser Singh Thind dan Lim Cheng Hoe mempersoalkan kedudukan Lim sebagai Ketua Menteri dan turut mencadangkan sistem pemilihan parti diubah kerana tidak telus.
Shamser Singh, perwakilan parti dari Taman Chai Peng berkata jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya dipegang Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, bukannya Lim yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti di peringkat negeri.
“Ia hanya adil kepada seseorang yang berasal dari Pulau Pinang untuk memimpin rakyat Pulau Pinang dan untuk warga Pulau Pinang memutuskan siapa yang patut memimpin mereka,” katanya yang mendapat sorakan gemuruh daripada perwakilan dalam dewan.
Manakala, Lim Cheng Hoe perwakilan dari Sri Tanjung Bunga turut membangkitkan perkara sama supaya kepimpinan parti dapat membuat perubahan dalam sistem pemilihan jawatankuasa negeri.
“Dalam sistem lama, 15 pemimpin yang terpilih akan diundi sekali lagi untuk menentukan jawatan masing-masing dan sistem ini tidak memberi kelebihan kepada pemimpin yang mendapat undi tertinggi.
“Tidak perlu lagi calon dengan 15 undi tertinggi berbincang sesama mereka siapa dapat jawatan apa. Ahli-ahli di luar tak akan tahu perkara yang berlaku dalam mesyuarat,” katanya.d


tony tan
Tony Tan
Sementara itu, Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa PMSP, Tony Tan turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan dengan salah laku pimpinan DAP.
“Ini si botak Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut), dia saman ahli..betul..dia ada kuasa saman.
“Tetapi mahkamah telah beri keputusan. Dia sudah kalah. Dia kena bayar RM27,000 pampasan kepada Yap Kon Min (bekas ahli DAP Serdang Baru).
“(Dia tidak mahu bayar) sampaikan kena hantar surat peguam ke pejabatnya, baru dia mahu bayar RM27,000.
“Tetapi mengapa Tan Kok Wai (Pengerusi Disiplin DAP) tidak mengambil tindakan terhadap Lim Lip Eng. YB ini sudah buat salah. mahkamah telah bagi keputusan, dia sudah gagal. Inilah DAP !”, katanya.
Ertinya, DAP terus bergolak dan makin gawat.
Lihat rakaman video klik link ini : Kepimpinan DAP Di persoalkan
rao


1 comment:

Anonymous said...

Mat Sabu, Ahmad Awang, Pasma dn Pan kata Dap sebuah parti yg bagus, LGE dn LKS sangat islamic lebih dpd TGHH .... apa pasal mau sibuk2 .... hidup Pan, hidup DAP ....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails