Sunday, November 29, 2015

Kerusi Sarawak: PKR Hantar Surat Kepada DAP/Amanah. PAS Tiada Lagi.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata pihaknya mahu memastikan pertempungan satu lawan satu di kalangan parti pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 November, 2015.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata pihaknya mahu memastikan pertempungan satu lawan satu di kalangan parti pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 November, 2015. 


PKR sudah menghantar surat kepada sekutunya DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk rundingan kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, kata Baru Bian.
Pengerusi PKR Sarawak itu berkata, ia merupakan langkah positif bagi memastikan kemenangan menentang Barisan Nasional (BN).
"Kami sudah pun menulis surat kepada DAP dan Amanah, bertanyakan bila masa yang sesuai kita adakan rundingan bagi pengagihan kerusi.
"Ini merupakan perkembangan yang positif. Kita akan memastikan tiada pertembungan dan satu lawan satu," katanya ketika berucap di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 11 di Shah Alam, Selangor hari ini.
Semalam, Nurul Izzah Anwar berkata ahli baharu PKR Datuk Saifuddin Abdullah diberi tugas menyelesaikan perebutan kerusi di antara parti pembangkang bagi pilihan raya Sarawak.
Naib presiden PKR itu berkata, langkah itu bagi memastikan satu lawan satu di antara pembangkang dan BN Sarawak dalam pilihan raya yang dijangkakan tahun depan.
Pengumuman itu dilakukan selepas terdapat laporan pergeseran di antara PKR dan DAP di Sarawak tentang siapa yang harus bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. – 29 November, 2015.

3 comments:

Anonymous said...

Takde hal pnya.. bukan pas terikat dgn PAN dan PKR.. aku percaya pas juga masuk bertanding kt sarawak.. tidak perlu restu dari parti kapir..

ramboo-t said...

Mereka merancang, Allah jg merancang terhadap penipuan mereka..perancangan Allah itu yg terbaik..sapot ulamak, tolak taghut.

Anonymous said...

Siapa ulamak siapa taghut? Pas bila nk pakat dgn umno? Umno tk sejahat firaun kata presideng pas. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails