Wednesday, December 02, 2015

TPPA Cabul Hak Asasi Rakyat , 3 Tuntutan Pakatan Harapan


tppa
Khaw (tiga dari kanan) menerima memorandum yang diserahkan wakil PH berhubung isu TPPA. - Foto TRP/ Qurnisha Hamka

KUALA LUMPUR, Pakatan Harapan (PH) menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), bagi mendesak ia menyemak kandungan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menurut wakil PH, Charles Santiago, memorandum berkenaan antaranya menuntut Suhakam melakukan tiga perkara berhubung perjanjian tersebut.

“Kita minta pihak Suhakam lakukan tiga perkara, iaitu:
  • Satu inkuiri terbuka, kajian mengenai hak asasi manusia melalui TPPA
  • dan cadangan supaya isu TPPA ini dikaji
  • dan dilaporkan setiap tahun.
“Sebab di dalam perjanjian ini, ia melibatkan banyak hak asasi manusia, salah satunya ialah kemudahan perubatan dan ubat-ubatan,” katanya pada sidang media selepas selesai memberi penerangan kepada Suhakam hari ini.

Charles menyifatkan usaha kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian perdagangan itu sebagai tidak telus.

Ini kerana, katanya, kandungan yang didedahkan itu, ditulis menggunakan bahasa Inggeris yang sukar difahami setiap lapisan masyarakat.

“Kandungan itu di dalam bahasa Inggeris dan banyak terma-terma perdagangan yang sukar difahami.
“Kami cadangkan sebelum ini untuk terjemah kepada bahasa Malaysia dan juga Mandarin, tetapi mereka tidak mengambil endah perkara itu.
“Ini semua mengarut, kerajaan tidak mahu pun sebenarnya rakyat memahami isu kandungan perjanjian TPPA itu,” tambah Ahli Parlimen Klang itu.

Turut hadir dalam sesi penerangan bersama Suhakam itu adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurut Wong Chen, kandungan TPPA dilihat memberi ancaman kepada hak asasi manusia, khususnya rakyat Malaysia.

Oleh itu, beliau berharap Suhakam dapat membantu pihaknya membuat pendedahan sebenar berhubung kandungan perjanjian itu yang berada di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

“Ada cerita mengenai hak asasi manusia di sebalik perjanjian ini.
“Dan kami berusaha untuk melindunginya,” katanya.

Memorandum itu diserahkan kepada Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di pejabat suruhanjaya itu.

Pada 5 November lalu, Miti mendedahkan kandungan perjanjian TPPA di laman web rasminya, susulan desakan ahli-ahli parlimen pembangkang.

Perjanjian itu yang merangkumi 30 bab, boleh diakses semua lapisan masyarakat untuk meneliti kandungan TPPA. (IH/

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails