Monday, November 30, 2015

Geng Abu Sayyaf Di Sebalik Kes Culik Rakyat M'sia Ditahan.

Thien Nyuk Fun (kiri) dan Bernard Then.

Polis dan tentera Filipina menahan seorang pemberontak Abu Sayyaf yang terlibat dalam kes penculikan dua rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Selatan di selatan Filipina, menurut satu laporan.

Laporan Mindanao Examiner pada Ahad memetik pegawai sebagai berkata bahawa mereka telah menahan Saddam Jaliani, seorang pengikut pemimpin Abu Sayyaf, Alhabsi Misaya di Pelabuhan Joho pada Jumaat lalu.
Jailani dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan yang menculik dua rakyat Malaysia, Bernard Then dan Thien Nyuk Fun pada Mei lalu, dan warga Korea Selatan, Hong Nwi-Seong yang diculik pada Januari lalu.
Thien telah dibebaskan pada 8 November lalu, dan Then dipenggal kepala pada 17 November.
Hong ditemui mati pada 31 Oktober lalu. Dia dilaporkan meninggal dunia akibat sakit ketika masih dalam tawanan.
Jailani ditahan oleh Pasukan Siasatan dan Pengesanan Jenayah Polis Filipina.
Penahanan Jailani sehari selepas pasukan tentera Filipina merampas enam senapang automatik milik kumpulan Abu Sayyaf di kampung Bonbon di bandar Patikul berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada orang awam.
Mindanao Examiner turut melaporkan penahanan dua anggota iaitu Menu Maganaka dan Rex Bacana dari kumpulan pemberontak Pentagon di bandar Kabacan di wilayah Cotabato Utara.
Ia melaporkan bahawa pihak berkuasa merampas senapang automatik dan tiga pistol serta 11 majalah daripada kedua-dua individu berkenaan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails