Tuesday, December 01, 2015

Exco PAS Kekal Di S'gor Bersama PKR, DAP & AMANAH. -Presiden PKR


PAS akan kekal dalam pentadbiran di Selangor bersama-sama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi menentang BN, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah.
Katanya, dakwaan kononnya Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR mahu menyingkirkan PAS adalah tidak benar, lapor Sinar Harian hari ini.
"Itu khabar angin sahaja, semalam Menteri Besar Selangor sudah kata kita (PKR, DAP, Amanah dan PAS) bersatu dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN. Tidak benar (menyingkirkan PAS),” Wan Azizah dilaporkan sebagai berkata.
Sebelum ini khabar angin PAS akan disingkirkan dalam Kerajaan Selangor menjadi viral melalui aplikasi Whatsapp.
Menurut maklumat yang disebar itu, exco PAS akan digantikan ADUN dari AMANAH dan majlis akad sumpah akan diadakan selewatnya Khamis ini.
Laporan itu juga menyebut, Wan Azizah yang juga ketua pembangkang berkata isu tersebut sengaja dimainkan oleh sesetengah pihak termasuk blogger.
"Kalau (berita) itu dari blogger ini mungkin ada yang menjadi upahan (pihak tertentu). Kita tidak boleh mengambil apa yang mereka kata sebagai fakta," Azizah dilaporkan sebagai berkata. (IH)

2 comments:

Wan Rosli said...

Kasihan KS.. melopong lagi..

Anonymous said...

Exco pas muka x malu. Kata dah putus hubungan dgn dap. Masih perintah bersama dap. Malunye aku. Tp krn gaji dan fulus masuk. Ketepi soal prinsip n maruah. Inilah pas chai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails