Tuesday, December 01, 2015

PAS Diresapi Militan ISIS, Perlu Satu Kajian Serius SB. -Presiden Amanah.

mat-sabu-parti amanah

Mohamad Sabu mendedahkan di antara punca Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
 
Beliau yang juga presiden kepada Amanah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya “takfiri” dalam PAS.
 
“Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia,” kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran Isis dalam PAS.
 
Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk dibunuh.
 
Mohamad juga mengesyaki terdapat badan lain yang membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak disedari pemimpin PAS sendiri.
 
“Adakah polis Malaysia tidak dapat mengesan perkara ini atau ada konspirasi bersama?
“Adakah fahaman ini masuk begitu saja atau ada badan lain menyusunnya,” kata Mohamad yang bimbang ia dirancang musuh-musuh PAS sehingga parti Islam itu berpecah sebagaimana sekarang.
 
Pemimpin PAS sokong Isis
 
Mohamad berkata, budaya ini bukan saja bahaya kepada PAS bahkan juga menjadi bom jangka kepada keselamatan negara.
 
Misalnya kami dalam PAS sebelum ini tidak pernah diberitahu tentang pemergian sesetengah pemimpin pertengahan dalam PAS ke Syria dan Iraq untuk berjuang di sana.
 
“Tahu-tahu kami dengar ada ahli PAS berada di Syria dan mengangkat senjata di sana dan kemudiannya timbul cerita Ustaz Lotfi meninggal di sana,” katanya merujuk kepada kematian bekas pemimpin PAS, Lotfi Ariffin di Syria.
 
Beliau menyebut, antara yang menulis dan memberikan sokongan awal kepada Lotfi selepas terbunuh ialah Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Jawatankuasa Pusat Zaharudin Muhammad.
 
Hadi tolak budaya takfiri
 
Mohamad yang pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tidak bersetuju dengan pendekatan takfiri ini.
 
“Apakah ia berlaku di luar kawalan beliau atau macam mana?” soalnya.
 
Mohamad dan pemimpin progresif PAS tewas secara berkumpulan dalam muktamar ke-61 di Kuala Selangor pertengahan tahun lalu menyebabkan Amanah dibentuk.
 
Beberapa tahun sebelum pemilihan, Mohamad dan kumpulannya dilabelkan sebagai kumpulan yang tidak mahu kepada Islam tulen yang dibawa PAS dan dilabel liberal, sekular, sosialis, Syiah dan sebagainya.

Mohamad menceritakan, budaya takfiri mula dikesan beliau menular dalam PAS sejak 4 hingga 5 tahun lalu.

 
“Kecenderungan takfiri di dalam PAS sejak 4 hingga 5 tahun lalu menyebabkan lahirnya budaya label melabel yang cukup negatif kepada PAS,” kata Mohamad.
 
Mohmad memberi contoh, 3 bekas pemimpin kanan PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad dan Mohamed Hanipa Maidin dilabel sebagai liberal sehingga kerja baik dan usaha mereka dalam parti Islam itu tidak dihargai lagi.
 
Tak kecil hati kalah pemilihan
 
Mohamad berkata, beliau sudah banyak kali kalah dalam pemilihan PAS tetapi tidak pernah berkecil hati kerana itu adat perlawanan.
 
“Saya pernah kalah kepada Abu Bakar Chik untuk jawatan ketua Pemuda. Saya pernah kalah kepada Datuk Hasan Ali dan Nasharudin (Mat Isa) tetapi saya tidak kisah kerana perbandingan dibuat berdasarkan prestasi dan keupayaan antara kami.
“Tetapi saya dan rakan-rakan kalah kali ini kerana budaya label dan takfiri. Misalnya liberal, sekular, sosialis dan sebagainya.
“Label ini sangat bahaya sebenarnya kerana ia membawa makna akidahnya sudah rosak dan segala kerja baik kita untuk Islam tidak berguna lagi,” kata Mohamad dengan nada sedih.
 
Katanya, ini mengakibatkan pemimpin yang tidak disenangi kumpulan takfiri tewas dalam muktamar PAS lalu.
 
“Budaya ini bukan terhenti setakat itu bahkan ia nampak semakin kuat sekarang.
 
“Saya ikuti kuliah-kuliah ustaz yang disebarkan melalui WhatsApp, ia semakin kuat.
“Dari situlah juga lahirnya label mereka yang menyertai Amanah ini sebagai pengkhianat dan haram menyertai Amanah,” kata Mohamad. (M.Insider/Stv)

11 comments:

Anonymous said...

Amanah dipengeruhi ajaran syiah mohon SB siasat dengan teliti.....

Anonymous said...

Sudahlah Sabu ! ............ kau dah kalah jadi abu maka mulalah merapu ! Mmg dasar babu !

Unknown said...

Kalah sebab ada walaun yg tak beri undi pada dia.

Unknown said...

Kalah sebab ada walaun yg tak beri undi pada dia.

Anonymous said...

dah agak dah ... pan adalah ciptaan umno-bn dibawah perancangan CIA US .... US prpxy yahudi israel memang tidak mahu negara Islam ditegakkan di malaysia...mereka usahakan perpecahan PAS agar PAS tidak menjadi parti yang kuat tentang umno-bn yang sekular....dan tidak lama lagi TGHH akan jadi seperti Kiai Abu Bakar Baasyir di Indonesia beberapa ketika dulu dituduh mendalangi penganas al-Qaeda ....TGHH akan dikaitkan dengan ISIS.......!!!!!!!!!!!!

bat8 said...

Inilah contoh fahaman takfiri dalam PAS yang mat sabu sebut. Nak bukti lagi ke Tuan Haji?

Fahaman sebegini begitu berleluasa didslam PAS sekarang. Nafi pun tidsk mengubah hakikatnya. Tengok Anon 9:58, dalam kita dok cakap, dia keluar dgn megah. Xsegan2 lagi nak sorok takut akan merosakkan imej PAS.

Anonymous said...

Ada kalangan ulamak pas yg keluarkan kenyataan
supaya dihapuskan golongan yg keluar dari Pas.

Mmg terukkkkkk

Anonymous said...

Pas adalah parti ajaran syiah. Parti ajaran syaitan. Bole aku kata gitu? Ini cuma parti politik saja. Usah taksub dgn pas. Pilih saja parti yg anda suka. Demokrasi kan. Usah bengong. Aku nampak ramai pemimpjn pas dah mengong.

Anonymous said...


Kita merasa amat gembira melihat geng Syiah dan geng sekular keluar dari parti Islam dan membentuk parti balaci yang sedang diperalatkan oleh parti sekular liberal yang menentang hukum Allah untuk melemahkan atau menghapuskan parti Islam supaya negara ini kekal dengan ideologi sekular liberal yang bersifat hedonistik.

Pemimpin parti balaci ini pernah mendakwa parti balaci ini ditubuhkan untuk mengalahkan DumBno dalam PRU14 tetapi jelas sekarang parti balaci ini diperalatkan untuk menghacurkan parti Islam.

Apabila geng Syiah dan geng sekular liberal keluar dari parti Islam maka selamatlah parti Islam dari ancaman musang berbulu ayam, duri dalam daging dan musuh dalam selimut.

Anonymous said...


Anon 11:09 PM adalah balaci bengong kerana menulis komen mengong. Kebodohannya terserlah apabila dia gagal membaca matlamat parti PAS yang mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup umat Islam negara ini. Sebaliknya parti-parti sekular liberal mempunyai matlamat hedonisme sebagai cara hidup manusia jahil.

Anonymous said...

Benar tujuan pas adalah islam. Yg salah ialah pemimpin pas chai. Tidak terima nasihat yg benar. Tp ikut nasihat menantu ding ayam nasrudin velfire zuhdi. Sbb tu pas celaru n no halatuju. Nasib pas chai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails