Thursday, December 03, 2015

Tuduhan IS: PAS Minta Mat Sabu Kemuka Bukti. -Tuan Ibrahim Tuan Man

mat sabu
PETALING JAYA: Pas memandang serius tuduhan yang dibuat bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu yang mendakwa parti itu diresapi pemikiran militan Negara Islam (IS).
Mengulas mengenainya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya.
“Pas tegaskan tiada sebaran unsur atau penyusupan pemikiran ISIS sebagaimana yang didakwa. Beliau mesti mengemukakan bukti di atas pertuduhan tersebut ,” katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, dakwaan itu dibuat Mohamad Sabu atau Mat Sabu selepas dirinya tidak lagi diterima perwakilan Pas selepas dirinya tersingkir pada muktamar parti itu.
Katanya, seandainya Mat Sabu menang, tuduhan itu tidak timbul.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, ia tidak pelik kerana dia sebelum ini pernah mengaitkan kononnya kerjasama dengan UMNO menjadi alasan untuk menubuhkan parti baharu.
“Kemudian bertukar kepada tuduhan unsur takfiri dan sekarang tuduhan baru iaitu usaha mengaitkan dengan ISIS. Selepas ini mungkin akan ada pula tuduhan baru,” katanya.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta supaya tuduhan ke atas Pas dihentikan dan meminta Amanah memberi tumpuan kepada isu yang sedang melanda rakyat. (IH/FMT)

5 comments:

Anonymous said...

Buta ka Tuan Man ni...

Anonymous said...

Kalau betul la pas ni mcm ISIS dah lama cina kapir mampos kt bumi malaysia ni.. anon 9:26 yg buta sebenarnya..

Anonymous said...

Ikut adat guru tok selama ni dalam Parti Bulan Mengambang, setiap pertuduhan tak perlukan bukti. Hang nak tuduh Hawaii Five 0... tuduh je tak perlu bukti, Hang tuduh calon DAP... tuduh je tak perlukan bukti, Hang nak kata barua broker .... kata je tak perlu bukti... SO JAWAPANNYA SAMALAH TAK PERLUKAN BUKTI PUN... SAJA NAK BAGI GEMPAQ JE.

Anonymous said...

Pas pis pus
ular melengkor atas serban

Anonymous said...

PAN PIN PUN.. kepala syiah dlm otak president

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails