Tuesday, December 01, 2015

Salahkah Gambar Preiden Amanah Dengan Tokoh Syiah Ini?

mat

(Diangkat dari AIDCNews – 1/12/15)

Dua Keping Gambar Pertemuan Mat Sabu Dengan Tokoh Syiah Didedah

AIDCNews  - Dua keping gambar pertemuan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dengan tokoh Syiah didedah di media sosial sejak semalam.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilaporkan telah menemui tokoh Syiah di luar negara untuk memaklumkan perkembangan politik di Malaysia.

“Alhamdulillah..
“Tuan Guru Ustaz Haji Mat Sabu sempat meluangkan masa menziarahi Ayatullah Imamiah Syiah untuk bertaqiah dan memaklumkan bahawa semua Syiah di Malaysia sudah menyertai Amanah dan bersedia untuk menawan Malaysia pada PRU akan datang.
“Inilah kehebatan Amanah yang tidak ada pada parti lain. Jangan ingat Syiah tidak reti berpolitik. Kami pun reti lah,” dedah PASMA Malaysia.

mat1

Turut kelihatan bersama Mohamad adalah Adly Zahari, Pengerusi Amanah Melaka yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah pusat.
Merujuk kepada kedua-dua gamber itu, Aszfia Haris El Haraki menerbitkan kata-kata yang pernah diucapkan Mat Sabu seperti berikut:

“Saya sendiri berpeluang bertemu beliau empat lima kali. Memang kita tengok wajah dia saja kita nampaklah kehebatannya. Saya pernah membawa isteri saya jumpa Hassan Nasrallah. Dia kata ” Bang, kalau dalam Islam izin peluk. Aku nak peluk” .

16 comments:

Anonymous said...


Semasa pengganas-pengganas Syiah sibuk menyerang dan membunuh orang-orang Islam (Sunnah wal Jamaah ) di Iran, Iraq dan Syria, pemimpin-pemimpin parti kuali menjalinkan hubungan mesra dengan pemimpin-pemimpin Syiah. Adakah pemimpin-pemimpin parti kuali terdiri dari manusia yang bermahzab Syiah sehinggakan mereka sanggup menjalin hubungan mesra dengan pemimpin Syiah semasa pengganas Syiah sedang sibuk membunuh orang-orang Islam?

Kita tahu balaci-balaci Syiah dan imam-imam Syiah telah menghina dan menfitnah sahabat-sahabat Rasulullah saw sedangkan Rasulullah melarang orang Islam menghina sahabat-sahabat Rasulullah saw. Syiah juga menghalalkan zina melalui nikah mutaah walaupun Nabi Muhammad s.a.w. telah mengharamkan nikah Mutaah.

Balaci dan imam Syiah mendakwa imam-iman Syiah bersifat maksum sedangkan kita semua tahu hanya nabi dan rasul yang bersifat maksum dan Nabi Muhammad adalah rasulullah yang terakhir.

Syiah juga telah berbohong dengan mendakwa Al-Qur'an tidak lengkap dll sedangkan kita semua tahu bahawa Allah sentiasa memelihara dan menjaga Al-Qur'an berdasarkan ayat Al-Qur'an berikut:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."(Al-Hijr 15:9)

Bukankah tindakan pemimpin-pemimpin parti Kuali adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap Ahlus Sunnah wal Jamaah? Maka tidak wajar pemimpin-pemimpin parti kuali menjalin hubungan baik dengan Syiah yang sedang membunuh orang-orang Islam(Sunnah wal Jamaah) dan menyelewengkan ajaran Islam.

Anonymous said...

Kenapa tak siar gambar hj hadi dgn pemimpin syiah

Anonymous said...

Ingatkan Blog Omakkau dah disingkir dari Mountdweller maka habislah penjilat Presideng Takfiri PAS, rupa-rupanya masuk pulak Blog Pak Uda flat Sri Wangi ini...... Demam-demam jadinya.

Anonymous said...

Aku tak paham le pepuak ni, yang dengki.. benci, sakit hati sangat dengan AMANAH ni. Macam-macam cara cari jalan nak kenakan AMANAH, nak gambarkan kununnya AMANAH ni tak betul, seleweng. Bagi pepuak ni, PAS tu bagaikan agama. Termasuklah pakcik ni.. Pak Uda flat Sri Wangi ni. Kalau tak tulis pasal keburukan AMANAH ni, rasanya tak tenteram dia! Tak lalu makan, tak lena tidur.. Apalah busuk hati sangat Pak Uda..

Anonymous said...

pada anon 4.04 tu mulut jgn celupar. kalau tak pernah baca kitab syiah jgn fitnah. apa yg kamu tahu tentang syiah hanyalah dr cerita musuh2 syiah pengikut bani umayah dan abasiah. mereka membunuh imam2 syiah iaitu keturunan Rasulullah saw tp pd masa yg sama mereka mengaku mengikut ajaran2 baginda.

semua imam2 syiah adalah dr darah Rasulullah saw. kamu berani hina keturunan Rasul kamu?

tiap2 hari kamu azan, aku naik saksi Muhammad Rasulullah tp kamu caci anak cucu2 dia?

Umar ibn Aziz saja yg pernah cuba menyatukan syiah sunni pada zmn pemerintahan beliau. dia telah menghentikan TRADISI MELAKNAT AHLUL BAIT oleh khalifah2 sebelumnya. Ahlul baik dicela hina dimimbar2 masjid (+-70000) seluruh jajahan selama lebih 80 tahun. pernah ketika menyebut nama Ali Hassan dan Hussin adalah satu jenayah dan boleh dihukum. tradisi disambung selepas kematian beliau.

jadi aku nak tanya?

apa hukum mencela 'Ali, Fatima, Hassan dan Hussin? tidakkah ada hadis sahih, Barangsiapa membuat Fatima marah, dia membuat aku (Nabi saw) marah. Barangsiapa membuat aku (Nabi saw) marah, dia membuat Allah marah. dan sesiapa yg membuat Allah marah akan dicampak kedalam neraka.

"Perumpamaan Ahli Baitku adalah seperti bahtera Nabi Noh as. Barangsiapa menaikinya akan selamat. Barangsiapa membelakanginya akan tenggelam" hadis sahih.

Rasulullah saw adalah gedung ilmu Allah dan Imam 'Ali adalah pintunya. knp kamu pilih org jahil spt abu bakar dan umar sbg khalifah yg tak dekat pun kat gedung tu?

sblm kamu tuduh syiah suka bunuh sunni sila baca sejarah. Salahuddin al ayubi seblm dia pergi perang sabil, dia singgah dulu di mesir dan hapuskan dinasti fatimid yg mengamalkan ajaran syiah.

sila baca akhbar internet, kau akan dpt hari2 syiah kena bom bunuh di iraq pakistan afghanistan bangladesh syria. kalau ada berlaku pengeboman di Iraq sudah pasti ia berlaku dikwsn atau masjid syiah.

Suicide bombing against Shiite pilgrims in Baghdad kills 9.
http://www.houstonchronicle.com/news/world/article/Iraqi-military-tells-civilians-of-IS-held-city-to-6664306.php

Egypt mob attack kills four Shia Muslims near Cairo
http://www.bbc.com/news/world-middle-east-23026865

Gunmen kill 43 Shia Muslims on Pakistan bus
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/pakistan/11601832/Gunmen-kill-43-Shia-Muslims-on-Pakistan-bus.html

Study: 1,900 Shia Muslims killed in Pakistan since 2012
http://www.presstv.com/Detail/2015/06/06/414561/Shia-Muslims-Pakistan-Jinnah-Institute-Salman-Zaidi-Quetta-Karachi-Peshawar

Gunmen Strike Shiite Mosque in Bangladesh
http://www.nytimes.com/2015/11/27/world/asia/gunmen-strike-shiite-mosque-in-bangladesh.html?_r=0

byk lah kalau nak cari...

korg cubalah cari berita syiah serang sunni pulak...

Anonymous said...

Habis lah juga sapa sapa yg pernah bergambar dengan Ayatolah Komeini, Al Asad, Obama dan lain-lain. Kaki fitnah betul penulis asal post ini sebiji otak ISIS.

Tak payah kecoh, jantan kalu nanti PRU lawan la 3 penjuru baru la PAS tau yg langit itu tinggi ke rendah....TUNGGU.

pasis

Anonymous said...

Anon Syiah 6:04 PM adalah contoh-contoh pengikut dan imam Syiah yang mempunyai mulut yang sangat celupar kerana menggunakan hadis-hadis Syiah palsu , memanipulasi dan memutar-belitkan nama Ahlul Bait dan hadis yang dha’if (lemah) yang Syiah anggap sahih untuk menghalalkan kesesatan dan pembohongan Syiah. Inilah taqiyya (tipu helah) yang merupakan ajaran Syiah yang utama untuk mengelirukan atau menipu kaum muslimin Ahlus Sunnah wal Jamaah dll. Sebagai contoh:

Hadis “Perumpamaan Ahlul baitku seperti kapal nabi Nuh, barangsiapa yang menaikinya maka dia akan selamat dan barangsiapa yang enggan maka dia akan tenggelam (binasa).” adalah hadis yang dha’if (lemah) kerana diriwayatkan dari jalur Al Hasan bin Abi Ja’far dari Abu Shahba’ dari Sa’id bin Jubair dari Ibnu ‘Abbas. Al Hasan bin Abi Ja’far yang bukanlah seorang yang kuat hafalan dan periwayatannya, oleh karena itu banyak ulama’ hadis yang meninggalkan dan tidak meriwayatkan hadis darinya.

Berkata Ibnul Madini: “Al Hasan sering salah ketika meriwayatkan hadits.”, beliau juga berkata: “Dha’ifun Dha’if (sangat lemah sekali)”. (Tahdzibut Tahdzib)

Berkata Al ‘Ijli: “Lemah haditsnya.” (Tahdzibut Tahdzib)

Berkata Abu Daud: “Lemah, aku tidak meriwayatkan hadits darinya.” (Tahdzibut tahdzib)

Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah kita kaum muslimin Ahlus Sunnah wal Jamaah mencintai dan memuliakan Nabi Muhammad s.a.w., Ali, Fatima, Hassan dan Hussin dan keturunan mereka maka jelaslah Anon Syiah 6:04 PM telah menfitnah kita kaum muslimin Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang bersifat maksum dan nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah yang terakhir yang bererti keturunan Nabi Muhammad tidak bersifat maksum.

Sebaliknya, kebiadapan dan kejahatan Syiah adalah sangat jelas kerana Syiah telah mencela bahkan menghina ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha walaupun Aisyah merupakan Ummul Mukminin, istri Nabi Muhammad s.a.w banyak memiliki keutamaan sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. sangat mencintai Aisyah.

Amr bin Al-’Ash radhiyallahu ‘anhu pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Siapakah orang yang paling engkau cintai?” Beliau menjawab: “’Aisyah” (HR Bukhori no 3462 dan HR Muslim no 6328, maktabah syamilah)

Kejahatan dan kebiadapan Syiah juga jelas apabila Syiah mencela bahkan menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. melarang orang Islam mecela atau menghina sahabta-sahabatnya. Sebagai contoh, Syiah telah mencela dan menghina sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Abu Bakar sedangkan Abu Bakar mempunyai keutamaan tertentu. Contoh:

Dari Muhammad bin Jubair bin Muth'im, dari bapaknya bahwasanya ada seorang perempuan yang menanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah memerintahkannya agar datang lagi pada kesempatan yang lain. Lalu wanita itu berkata, "Ya Rasulullah, bagaimanakah jika saya nanti datang lagi, tetapi saya tidak dapat bertemu dengan engkau?" {Bapak perawi hadits ini berkata, "Sepertinya wanita itu bermaksud jika Rasulullah meninggal dunia}. Maka Rasulullah pun berkata, "Jika kamu tidak menemuiku, maka temuilah Abu Bakar (Shahih Muslim No Hadist: 1633)

Dari Aisyah RA, dia berkata, "Pada suatu hari, ketika Rasululah SAW sedang sakit, beliau berkata kepada saya, 'Hai Aisyah, panggillah ayahmu (Abu Bakar) dan saudara lelakimu kesini, agar aku buatkan suatu keputusan {tentang khilafah}. Karena aku khuatir jika kelak ada orang yang bercita-cita tinggi dan berkata, 'Akulah yang berhak menjadi khalifah,' sementara Allah dan kaum muslimin tidak menyetujuinya selain Abu Bakar" (Shahih Muslim No Hadist: 1634)

Anonymous said...


SAMBUNGAN............


CONTOH-CONTOH JENAYAH SYIAH TERHADAP AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH DAN PENGKHIANATAN SYIAH MENYEBABKAN KERUNTUHAN KHALIFAH ISLAM:

Kejatuhan Daulah Abbasiyah ke tangan pasukan Tartar tak lepas dari pengkhianatan tokoh Syiah Rafidhah bernama Alauddin Ibnu Alqami. Dalam keterangan lain, kejatuhan Baghdad karena adanya konspirasi antara pasukan Monggol dan kelompok Syiah Qaramithah yang mempunyai hasrat menjatuhkan pemerintahan Daulah Abbasiyah, kemudian menggantikannya dengan Daulah Fathimiyah. Untuk mencapai tujuan jahat Syiah, menteri Syiah dan pengikut-pengikut Shia telah melakukan pengkhianatan dengan bekerjasama dengan Hulagu dan pengganas-pengganas Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad dan membunuh 1 juta orang kaum muslimin Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Baghdad berhasil takluk. Khalifah Al-Mu’tashim Billah wafat terbunuh pada 14 Shafar 656 H/1258 M. Pembunuhan Al-Mu’tashim tak lepas dari pengkhianatan Ibnu Alqani dan Nashiruddin Ath-Thusi, yang menjalin hubungan dengan Hulagu Khan. Pengkhianatan itu mengakibatkan banyaknya ulama yang terbunuh, sekolah-sekolah dan masjid yang hancur, perpustakaan sebagai gudang ilmu luluhlantak, dan kekejaman lainnya yang luar biasa. Baghdad yang indah dan megah bersimbah darah. Kaum muslimin ketika itu berduka. Pusat peradaban Islam yang gemilang, tinggal kenangan.

Dalam bulan February 2006 , kerajaan Iraq yang dikuasai Syiah telah menubuhkan Briged Serigala yang diletakkan di bawah arahan Kementerian Dalam negeri Iraq iaitu skuad pembunuh yang dianggotai komando-komando Syiah untuk menyiksa dan membunuh beribu-ribu kanak-kanak, pemuda dan perempuan muslimin Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam negara Iraq. Penasihat Amerika Syarikat bagi Briged Serigala ini ialah James Steele yang telah melakukan pelbagai jenayah kejam di El Salvador dalam 1980an.

Fitnah ciptaan Syiah dalam komen Anon Syiah 6:04 PM jelas membuktikan puak-puak Syiah yang sesat amat memusuhi kita kaum muslimin Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Anonymous said...


KOMEN December 1, 2015 at 8:33 PM dan December 1, 2015 at 8:34 PM MEMBUKTIKAN KESESATAN, KEJAHATAN DAN PENGKHIANATAN SYIAH TERHADAP ISLAM DAN KAUM MUSLIMIN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH !

Anonymous said...

MARANG: Umat Islam diingatkan agar tidak leka dan terpengaruh dengan agenda barat mahu melemahkan Islam dengan permasalahan mazhab Sunni-Syiah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan isu kontroversi antara mazhab Sunni-Syiah perkara lama yang sengaja ditimbulkan semula.

Justeru, katanya secara sedar tetapi bodoh atau jahil isu perbalahan mazhab tersebut telah melekakan umat Islam tentang kebangkitan Islam di seluruh dunia.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat Islam sendiri lupa musuh sebenarnya adalah Israel serta kuasa-kuasa besar dunia.

“Sekarang kita (umat Islam) menghadapi zaman kebangkitan Islam. Kumpulan Islam menang di rata-rata dunia, bangkit sama ada secara sedar tapi bodoh atau pun jahil isu-isu lama ini ditimbulkan semula.

“Sehingga orang Islam lupa masalah kebangkitan Islam yang patut mereka tangani dan mereka lupa sepatutnya mereka (umat Islam) hadapi Israel dan kuasa-kuasa besar dunia. Asyik sibuk dengan masalah-masalah mazhab yang ditimbulkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog pada Majlis Ramah Mesra Idulfitri anjuran Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Dewan Tok Guru Rusila, baru-baru ini.

Katanya, umat Islam juga wajar memahami bacaan politik antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel.

Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kuasa besar dunia yang dipengaruhi Israel cukup bimbang dengan kebangkitan Islam seluruhnya terutama di Mesir dan Turki.

Menurutnya, 90 peratus dunia Islam hari ini ahli Sunnah termasuk Mesir dan Turki merupakan negara Sunni yang mampu menguasai serta memimpin dunia Islam.

“Seorang pimpinan dari Syiah pernah mengatakan depan saya, bahawa kebangkitan Islam mesti dipimpin oleh ahli Sunnah. Orang Syiah tidak boleh pimpin kerana 90 peratus dunia Islam adalah ahli Sunnah. Merekalah (Sunni) yang layak memimpin dunia Islam.

“Sebab itulah seluruh kekuatan barat mengepung Mesir, mengepung Turki kerana barat mengetahui jika berlaku kemenangan di Mesir dan Turki akan menguasai dunia Islam seluruhnya.

“Iran tidak boleh menguasai dunia Islam dan ini bacaan politik antarabangsa yang kita kena faham,” jelasnya di hadapan lebih 500 peserta perantau.

Hadir sama sebagai tetamu khas pada majlis perantau tersebut Penaung Majlis Permufakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan wakil kerajaan Hamas Palestin, Syeikh Dr Ahmed al-Najjar.

Kata Ustaz Abdul Hadi, sepatutnya pihak yang berautoriti membincangkan masalah antara mazhab adalah di kalangan ahli-ahli agama, ahli ilmu akademik dan bukan golongan yang ‘bodoh’ serta jahil.

“Dalam hal ini kita kena sedar dalam masalah mazhab ini sepatutnya dibincang oleh ahli-ahli ilmu, jangan yang bodoh. Dalam Sunni ada bodoh, dalam Syiah pun ada yang bodoh dan ini ‘penyakit’ yang kita sedang hadapi hari ini,” ujarnya.

Tambah beliau, pengaruh mazhab Syiah dalam masyarakat Melayu bukan perkara baru tetapi sejak kedatangan Islam ratusan tahun lalu.

Namun, katanya orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini masih lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah.

-Harakahdaily via Celah Gelegar

# Maka kamu janganlah jadi bodoh sebagaimana Presideng kamu ucapkan!

Husmad Ahmad said...

Kalau bergambar pun dah pengikut syiah ke?

Husmad Ahmad said...

Kalau bergambar pun dah pengikut syiah ke?

Anonymous said...


Jika bergambar merupakan perkara remeh, mengapa bergambar dengan kerabat sultan Sulu dan perdana menteri Israel menjadi isu besar?

Anonymous said...


Jika Husmad Ahmad bergambar mesra dengan ketua perompak yang dikehendaki polis, adakah gambar itu tidak mempunyai sebarang kesan negatif terhadap Husmad Ahmad ?

Jika Husmad Ahmad bergambar mesra dengan ibu ayam dan pelacur, adakah gambar itu tidak mempunyai kesan negatif terhadap Husmad Ahmad?

Bukankah Islam mengajar kita mengelakkan diri dari keadaan yang boleh menimbulkan fitnah?

Anonymous said...

Orang orang PAS pun nak jadi kaya terutama bertaraf ulamak kalau ber baik baik dgn UMNO jadi glamour dan murah rezeki Nabi SAW hidup miskin dan mati miskin tak nak ke jadi pewaris nabi SAW.
Ulamak Ulamak kan pewaris nabi SAW kita yg miskin kena wala dan menjadi walaun yg setia

hanimasra said...

Kejatuhan khalifah usmaniyah bukan disebabkan syiah,,tetapi..ulah pemerintahannya sendiri..dan juga kemal ataturk,kekalahan tentera islam di peperangan poiters perancis,bukan disebabkan syiah..tetapi berebutkan harta rampasan,keruntuhan umayah di andalusia bukan disebabkan syiah..tetapi perebutan kuasa dan kezaliman pemerintah,kekalahan umayah disebabkan penyiksaan terhadap golongan ahlul bayt,kejatuhan abbasiyah bukan disebabkan syiah..tetapi kekejaman ke atas keluarga yahya albarmaki,dan kelemahan khalifahnya..kekalahan islam di melaka bukan disebabkan syiah..tetapi raja-raja yang zalim,perpecahan rakyat..kekalahan kerajaan pimpinan tn.hj.abd.hadi di trengganu bukan disebabkan oleh syiah..kekalahn kerajaan pas di kedah bukan sebab syiah..tetapi kelemahan pas..US juga mengebom Syria..Turki dan Arab Saudi juga bantu ISIS,Israel juga bantu Saudi serang Yaman..tak kira sunni ke syiah..pernah ke Saudi menyerang Israel,bahkan turki (ASWJ) ada tempat US serang Irak pada masa Saddam(Incirlik -Nato)..Mesir(ASWJ) paling dekat dengan Israel..tetapi mereka tidak bantu Palestin..bahkan Palestin dihalang membeli barang dan terowongnya diletupkan tentera Mesir(ASWJ)..kerajaan Presiden Mesir yang sah digulingkan oleh As Sisi(tentera yang merampas kuasa) bukan syiah di Mesir..pertanyaan terakhir..pernah ke Tentera Saudi,UAE,Qatar,Mesir,Sudan,..menyerang Israel?..tentu tak..kerana Pak menakan Israel adalah US..bahkan senjata kebanyakan tentera Arab di timur tengan buatan US.Ada tak nampak gambar Raja Saudi bergambar sama dengan Presiden Obama? Cari..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails