Wednesday, December 02, 2015

Husam: Bukti Disiasat, Keputusan Diperetujui Brsama. Tiada Tindakan Terhadap Beliau.

tuan-ibrahim,husam-musa

KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa dilarang membuat sebarang kenyataan kepada media sehingga dakwaannya terhadap kerajaan Kelantan dan pimpinan Pas selesai disiasat.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata arahan itu bagi mengelak berlaku sebarang polemik antara kedua-dua pihak. Katanya, keputusan yang diambil itu juga telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
 
“Kita juga bersetuju bahawa perkara-perkara yang melibatkan urusan dalaman parti, kerajaan negeri dibuat menggunakan platform parti dan diselesai mengikut saluran parti serta tidak diviralkan kepada umum.
“Kita juga bersetuju tidak akan ada sebarang kenyataan daripada beliau (Husam) dan kerajaan negeri yang boleh menimbulkan polemik,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata buat masa ini tidak ada sebarang tindakan lagi yang dibuat terhadap Husam. Beliau juga mengesahkan telah menerima dokumen dan bukti berhubung kenyataanya Husam itu.
“Hari ini tidak ada sebarang keputusan dibuat terhadap beliau sebab ini bukan jawatankuasa disiplin.
“Kita juga telah menerima segala dokumen serta bukti daripada beliau dan pertemuan hari ini sangat baik…. Dokumen tersebut juga akan diteliti dalam masa terdekat,” tambahnya lagi.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata segala penjelasan beserta bukti yang dikemukakan oleh Husam akan disiasat dengan teliti.
Beliau juga tidak menolak sekiranya Husam akan dipanggil semula bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan itu.
“Parti akan teliti bukti yang dikemukakan itu dan jika dirasakan perlu kita akan panggil Husam semula,” katanya.
FMT

2 comments:

Anonymous said...

Pas dah jd betina. Takut nk pecat husam. Bila pecat 50% penyokong pas kelate akan tinggal pas. Tinggal le mad yakob nik amar. Next election pas bungkus di kelantan. Bye

Anonymous said...

Terbantut projek husam agar dipecat PAS. Bijak sungguh pemimpin Pas. Membiarkan husam meroyan dalam diam.
Sabarlah husam. Dekat pru nanti demo umumlah keluar Pas dan join PARTI PENGKHIANAT SIAL PAN tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails