Monday, November 30, 2015

Serangan Sumbang Bogel, Bekas Diplomat Mengaku Salah,Bikin Malu M'sia.

Kes Mohammed Rizalman Ismail (tengah) menyebabkan kemarahan rakyat New Zealand apabila beliau lari pulang ke tanah air bagi mendapatkan kekebalan diplomatik. – Gambar fail AFP, 30 November, 2015.
Kes Mohammed Rizalman Ismail (tengah) menyebabkan kemarahan rakyat New Zealand apabila beliau lari pulang ke tanah air bagi mendapatkan kekebalan diplomatik. – Gambar fail AFP, 30 November, 2015.
Seorang bekas diplomat Malaysia mengaku bersalah hari ini berhubung serangan sumbang terhadap seorang wanita New Zealand, dengan mahkamah diberitahu bagaimana beliau memecah masuk ke dalam bilik tidurnya dengan keadaan berbogel dari paras pinggang ke bawah, lapor AFP.
Mohammed Rizalman Ismail merupakan atase tentera di kedutaan Wellington Malaysia apabila kejadian itu berlaku pada tahun lepas, dan kes itu menyebabkan kemarahan apabila beliau lari pulang ke tanah air bagi mendapatkan kekebalan diplomatik.
Rizalman akhirnya dihantar pulang ke New Zealand untuk menghadapi pertuduhan mahkamah di sana dan mengaku tidak bersalah terhadap cubaan rogol dan pecah rumah.

Mei lalu, beliau mengaku tidak bersalah melakukan serangan dengan niat melakukan pencabulan seksual.
Peguam Rizalman, Donald Stevens menamakan terdapat keadaan peringan termasuk penyakit mental, walaupun pendakwa menafikannya.
Ringkasan fakta dibacakan kepada mahkamah, mengatakan pada 9 Mei tahun lalu semasa Billingsley berada di rumah di Brooklyn, pinggir bandar Wellington, di mana Suruhanjaya Tinggi Malaysia terletak, beliau mendengar ketukan di pintu bilik tidurnya.
Rizalman kemudian masuk tanpa memakai seluar atau seluar dalam. Beliau menjerit dan bergelut dengannya, berjaya menolak lelaki itu keluar dari rumah sebelum memanggil polis.
Stevens berkata Rizalman memberitahu polis, mereka pernah ke panggung wayang bersama-sama hari itu. Fakta itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Billingsley mempersetujuinya.
Pendakwa Grant Burston berkata, pakar-pakar akan dipanggil untuk mempertikaikan hujah Rizalman yang beliau berada dalam keadaan mental kurang sihat, berkata kelakuannya adalah lebih konsisten dengan "penggunaan ganja dan kebimbangan".
Rizalman duduk diam di kandang tertuduh apabila jurubahasa menjelaskan prosiding kepadanya.
Serangan sumbang berkenaan akan membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun di New Zealand.
Hakim David Collins berkata pendengaran berhubung aspek-aspek yang dipertikaikan kes itu akan berlangsung pada Jumaat sebelum menjatuhkan hukuman.
Beliau berkata, jika hukuman tahanan rumah dikenakan, dan menegaskan ia hanya satu kemungkinan, Rizalman dibenarkan melakukannya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia. – 30 November, 2015.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails