Wednesday, December 09, 2015

PAN Sokong LGBT: Ini Penjelasan Sebenar Dr Dzulkefly

amanah-lgbt

Siar Artikel PAN Sokong LGBT, Dr Dzulkefly Ugut Saman FMT ?

AIDCNews – 8/12/15 – Benarkan dakwaan yang mengatakan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN), Dr Dzulkefly Ahmad mengugut akan menyaman portal FMT kerana menyiarkan kenyataan beliau berkaitan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.
Artikel pertama FMT disiarkan pada pada 5 Disember lalu (Sabtu) bertajuk “Amanah sedia dekati LGBT” memetik kenyataan Dr Dzulkefly yang ditemui dalam forum Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan di ibu negara.
“Ini pendirian Parti Amanah kerana ia bersifat inklusif atas dasar hormat dan bila hormat bermakna kita iktiraf mereka, menerima kewujudan mereka, mendekati mereka kerana ia kecantikan agama kita,” Dr Dzulkifli ketika ditemui pada forum itu.
Namun, tidak lama selepas siaran, FMT telah memadamkan pautan artikel tersebut.

fmt-zul0
Artikel pertama disiarkan FMT pada 5 Dis telah dipadamkan

Pada 7 Disember (Isnin), FMT menyiarkan semula versi baharu artikel berkenaan bertajuk “Dakwah pilihan terbaik atasi gejala LGBT”
“FMT telah menghubungi Dr Dzulkefly untuk memohon maaf dan menyiarkan laporan ini sebagai pembetulan kepada kesilapan itu.
“Beliau semasa memberi kenyataan kepada wartawan kami telah memberi amaran supaya jangan memutar kenyataan beliau.
“Kesalahan di pihak kami amat dikesali,”lapor FMT.
Namun, tidak lama kemudian, pautan artikel kedua itu juga turut dipadamkan FMT.

fmt-zul
Artikel kedua disiarkan FMT bertarikh 7 Dis juga turut dipadamkan

pan-ustz dupp
Weblog Ibnu Hasyim ada menukilkan berita di atas di bawah tajuk, 
Harap mklum.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails