Friday, December 11, 2015

6 Perkara. Seruan PAS Kepada UMNO, Kini Masa Sesuai Untuk...


“Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah” 

1) Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerakerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera. 

2) Lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya. PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya. PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara. 

3) Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana - mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam. 

4) Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif. 

5) PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk UMNO kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari Allah SWT. 

6) PAS ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat. 

ABDUL HADI AWANG 
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS 
10 Disember 2015 / 28 Safar 1437 M 

7 comments:

Abd razak said...

umno akan sanggup utk membsntu pas menjayakan hudud.tapi ada itu akan menjadi penanda pas harus bersama umno.pas takboleh nelupakan kerosakan sistem umno dan segala kebejatan yg menyusahkan rakyat hari ini.pas harus berfikir dari pelbagai sudut sebelum menhalinkan kerjasama dengan umno.jangan sampai kerjasama menambah kekuatan umno menzalimi rakyat.

Abd razak said...

umno akan sanggup utk membsntu pas menjayakan hudud.tapi ada itu akan menjadi penanda pas harus bersama umno.pas takboleh nelupakan kerosakan sistem umno dan segala kebejatan yg menyusahkan rakyat hari ini.pas harus berfikir dari pelbagai sudut sebelum menhalinkan kerjasama dengan umno.jangan sampai kerjasama menambah kekuatan umno menzalimi rakyat.

bunbinban said...

dah dah la pakcik. Join je PAS dgn UMNO. Utk melayu jugakkan?. Utk Islam? x kot sbb masing2 melaung psl islam psl sunnah psl hukum...tapi masing2 pun main langgar je kan. Sbb duit dan duniawi, fitnah jadi senjata....errr ari ni xde cite lucah ke pakcik?

Anonymous said...

Dengar baik2 kata2 Najib
Pas kena sokong umno....

Anonymous said...

Gabung saja la.dok kona sana sini buat apa lagi. Org dah kata hampa tak caya.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Elok PAS go Sendirian Berhad.
Jangan berpakat kepada PKR apatah lagi UMNO.
Kalau PS go solo, PAS akan jadi alternatif kepada pengundi UMNO
dan pengundi atas pagar. Sekarang ni cuma ada DUA PILIHAN - UMNO/BN
atau PR/DAP. Kalau PAS tak join mana-mana kubu, ada TIGA PILIHAN.
Orang Melayu yang dah bosan ditipu Najib, akan undi PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails