Tuesday, December 08, 2015

Banjir Makin Buruk Di London, Pihak Berkuasa Lambat Bertindak..

Air sungai melimpah selepas mencapai paras tertinggi.

LONDON -  Banjir yang melanda kebanyakan kawasan di Britain termasuk sekitar ibu negara dilaporkan semakin buruk dan boleh mengancam nyawa, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Dipetik laporan AFP, Agensi Alam Sekitar Britain mengeluarkan 14 amaran berjaga-jaga di beberapa daerah termasuk di bahagian barat ibu negara selepas Sungai Thames melimpah.

Sementara itu, jurucakap bomba Berkshire memaklumkan bahawa anggota penyelamat kini sedang bertungkus-lumus memindahkan mangsa terjejas.

“Sekurang-kurangnya 16 penduduk berjaya diselamatkan selepas kediaman mereka di Wraysbury ditenggelami banjir,” katanya.

Difahamkan, kebanyakan penduduk mengkritik tindakan pihak berkuasa yang didakwa lambat bertindak dan gagal melindungi harta benda mereka daripada musnah akibat banjir.

Dalam perkembangan lain, agensi meteorologi tempatan meramalkan cuaca buruk dijangka berterusan selama beberapa hari lagi selepas negara itu mencatatkan taburan hujan tertinggi sejak 1766. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Aq taget kl banjir besar.... Rupanya di tukar dpt pemasaalahan yg BESAAR. Kecian najib... Nk Jd populer dgn derma terbanyak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails