Wednesday, December 09, 2015

Ini, 'maqasid syariah’ Dipelopori Lim Guan Eng?

KL: BENARKAH  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan pelopor gagasan liberal yang berselindung di sebalik jenama Islam, ‘maqasid syariah’ ?

Pertanyaan ini diajukan oleh Blog AIDCNews –9/12/15, hari ini. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP merupakan perasmi “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan,” anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute, pada 31 Oktober di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

G25 yang merupakan kumpulan bekas penjawat awam sebelum ini mahukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan. Terbaru, kumpulan berkenaan mendesak supaya sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah ditubuhkan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kumpulan ini mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.


Lihat: Hapuskan Hukum Khalwat, Selepas Cadang Mansuhkan J...
lge1
Dalam ucapan perasmian forum di atas, Lim merakamkan alu-aluan kepada lapan individu yang menjayakan program itu.

Mereka adalah;
1. Zairil Khir Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute.
2. Dato’ Abdul Malik Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Pulau Pinang
3. Datuk Latifah Merican Cheong; G25-bekas pembantu Gabenor Bank Negara dan Ahli Lembaga Pengarah The Asian Women’s Leadership University (AWLU) Project
4. Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin, G25 – Bekas Ketua Pengarah di Penyelidikan, Triti dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri dan Ambassador bagi Kumpulan Pakar Perundangan Tinggi pada Susulan kepada ASEAN Piagam (HLEG)
5. Dato’ Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak G25-Pengerusi CIMB Group
6. Dato’ Dr Anwar Fazal, G25 -Pengerusi the Malaysian Interfaith Network (MIN) dan Inisiatif Kelestarian Pulau Pinang
7. Dato’ Dr. Sharom Ahmat, G25 – Pengerusi SERI (badan pemikir Kerajaan Pulau Pinang)
8. Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN).
Selanjutnya, sila klik di sini
Tentatif program itu seperti berikut :
8.30 pagi: Pendaftaran
9.00 pagi: Ucapan alu-aluan oleh YB Zairil Khir Johari, Pengarah Eksekutif Institut Pulau Pinang
09:10: Ucapan pengenalan berkenaan G25 oleh Tan Sri Sheriff Kassim
09:20: Sesi Panel 1- Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Syariah
                 Moderator: Dato’Noor Farida Ariffin
                 Topik 1: Pertindihan bidang kuasa antara Undang-undang Syariah dan Undang-Undang Sivil (Encik Nizam Bashir)
                 Topik 2: Islam dan Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan (Mr Lim Heng Seng)
                 Topik 3: Trend dalam Semakan Kehakiman Perkara-perkara Syariah (Speaker – TBC)
11.00 pagi: rehat
11:20: Sesi Panel 2 – Isu-isu konflik dalam sistem undang-undang majmuk
                 Moderator: Dato ‘Anwar Fazal
                 Topik 1: Kebangkitan Semula Islam dan Kesan Sosio-Politik yang (Dr Nawab Osman)
                 Topik 2: Dasar Islamisasi dan Kesannya di Tingkat Tadbir (Dr Maznah Mohamad)
                 Topik 3: Kepelbagaian budaya dan Politik Islam (Dr Syed Farid Alatas)
01:00: Ucapan perasmian oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
01:30: Makan tengah hari
2.30 petang: Sesi Panel 3 – Maqasid Syariah dan kesejahteraan rakyat Malaysia
                  Moderator: Dr. Wong Chin Huat
                  Topik 1: Maqasid Syariah – Satu wawasan kesejahteraan bagi umat Islam? (Dr Mazlee Malik)
                  Topik 2: Bolehkah Maqasid terlebih dahulu keadilan Syariah? (Dr. Mohd. Iqbal Abdul Wahab)
                  Topik 3: Adakah Maqasid kebebasan membendung Syariah? (Encik Abdul Naser Tun Abdul Rahman)
                  Pembahas: Dr Dzulkefly Ahmad
04:30: Penutup Ucapan oleh Dato ‘Dr Sharom Ahmat
04:40: Teh & Akhir
Ikuti berita lanjut mengenai forum ini.. (IH)

2 comments:

Kulo said...

Bagi aku mudah je. Sebarang pandangan atau cadangan seperti memansuhkan undang2 khaluat dan sebagainya, kalau disokong dengan nas yang jelas, atau ijma' dan paling kurang qias maka susahlah kita nak menentangnya. Tetapi kalau mereka ini menggunakan akal sendiri apa alasan kita nak menyokongnya?

Anonymous said...

Bagi aku senang.. benda yg baik aku sokong.. kalau benda bodoh walaupun dari idea dari golongan org yg hebat aku buang mcm sampah je.. contoh mcm g25 ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails