Sunday, December 06, 2015

Pengkayaan Al-Quran: Indonesia Terbit Al-Quran Terjemahan 9 Bahasa Daerah..

JAKARTA – Kementerian Agama Indonesia pada Khamis melancarkan penerbitan kitab suci Al-Quran yang diterjemahkan kepada sembilan bahasa daerah terbesar di negara tersebut.


Bercakap pada majlis pelancaran itu di sini, Menteri Agama, Hakim Saifudin berkata: “Adanya terbitan Al-Quran dengan terjemahan ini, masyarat di kawasan yang masih guna bahasa daerah diharap dapat memahami kandungan kitab suci ini secara lebih dalam.”
Menurutnya, tahap pertama penerbitan kitab suci umat Islam berkenaan dengan terjemahan ke bahasa daerah membabitkan tiga bahasa suku utama iaitu Minang, Jawa dialek Banyumasan dan Dayak.
Al-Quran dengan terjemahan ke dalam bahasa daerah tersebut dikhususkan untuk masyarakat yang tidak menggunakan bahasa Indonesia dalam perbualan seharian mereka, katanya.
Hakim juga berkata, tujuan penerbitan kitab suci itu dalam bahasa berkenaan ialah sebahagian usaha kerajaan Indonesia untuk melestarikan bahasa tempatan yang nyaris punah.
Kementerian berkenaan juga menerbitkan sebuah kamus istilah keagamaan yang mengandungi 9,000 perkataan meliputi enam agama – Islam, Katholik, Kristian, Hindu, Buddha dan Konghucu. – Agensi/myMetro Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails