Saturday, December 12, 2015

Perogol Dipenjara 263 Tahun. Praktikalkah? Mengapa Dihukum Begitu?


OKLAHOMA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bekas anggota polis yang menghadapi 18 tuduhan termasuk mencabul, merogol dan merogol diluar tabii dijatuhkan hukuman penjara 263 tahun, semalam.

Laporan Dailymail mengatakan Daniel Holtzclaw, 29 sebelum ini juga menghadapai 36 tuduhan mencabul 13 wanita kulit hitam, seorang remaja perempuan dan seorang warga emas ketika sedang bertugas sebagai anggota polis.

Balai polis Oklahoma, stesen di mana Daniel bertugas sebelum ini menyuarakan kelegaan mereka terhadap keputusan mahkamah.

Pegawai polis, Bill Citty bangga dengan usaha para pendakwa dan detektif yang terlibat dalam kes tersebut. Bill juga memberitahu kes tersebut adalah yang paling teruk sepanjang tempoh empat dekad beliau bertugas di balai polis Oklahoma.

Waris kepada mangsa serangan Daniel dilaporkan berkumpul di luar mahkamah dan bersorak sambil menyanyikan lagi 'Selamat Hari Jadi' selepas hakim menjatuhkan hukuman.

Hukuman penjara terhadap Daniel bermula pada Januari 2016.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang penjenayah berumur 29 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 263 tahun. Sempat ke dia menjalani hukuman tersebut? Kalau sempat pun, dia akan keluar penjara sewaktu berumur 292 tahun. Itu tak menasabah, tiada umur manusia begitu.

Tetapi kenapa dihukum juga? Kerana dalam paraturan itu ada pendidikan. Mendidik supaya orang takut berbuat salah. Ilmu pendidikan begitu juga ada dalam perundangan Islam. Contohnya hukum melakukan 'zina'. Perlu ada beberapa saksi yang melihat jelas dengan mata sendiri perbuatan zina itu 'bagai pisau masuk dalam sarung'. 

Ada yang mencemuh, konon perundangan Islam itu tidak praktikal, tak mungkin atau jarang dapat berlaku begitu. Tetapi, itulah hikmahnya sistem perundangan Islam yang terdapat 'hudud' di dalamnya. Hanya puak-puak Islam 'tiruan' atau 'jahil' saja, yang berlebih-lebih menentangnya. Na'auubillahi minzalik. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails