Saturday, December 12, 2015

Khalwat G25: Oh PAN, Mengapa Membisu?




amanah
Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Mohd Tahir turut hadir sebagai peserta

sidang media1




Sidang media G25 selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berpelembagaan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada 5 Dis. Dari kiri; Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi; Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan jurucakap G15, Datuk Noor Farida Ariffin

Zainal Salleh – Akhirnya bisul dendam golongan yang selama ini terkilan Islam menyekat ‘kebebasan bersuara’ dan tidak mengendahkan ‘hak peribadi’ mereka, pecah. Lantas mereka menggesa kerajaan “membetulkan” keadaan ini.
Kumpulan pesara Melayu perkhidmatan kerajaan atau G25 ini menggesa kajian semula terhadap pelaksanaan undang-undang Islam yang menjadikan dosa peribadi, seperti berkhalwat, satu jenayah.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, enakmen kesalahan jenayah syariah yang ‘menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat’ harus dikaji semula.
Lantas G25 mahu mewujudkan satu jawatankuasa konsultatif demi menghapuskan kekangan sedemikian yang menceroboh ‘ruang kehidupan dan sfera peribadi rakyat’.
“Wujud masalah dalam pelaksanaan enakmen kesalahan jenayah syariah… kita perlu melihat kepada perkara ini.
“Kita perlu ahli jawatankuasa konsultatif itu untuk melihat perkara ini, dan di mana mereka sebenarnya melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“Untuk mencadangkan dan mungkin memansuhkan, atau meminda, dan juga untuk melihat kepada undang-undang yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat seperti undang-undang khalwat,” kata Noor Farida.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di akhir forum dua hari “Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan” di Kuala Lumpur minggu lalu.
Beliau menekankan bahawa hanya Malaysia sahaja yang mempunyai undang-undang mengenai khalwat dan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
“Dalam Islam, Al-Quran kata anda tidak boleh menceroboh ruang peribadi seseorang. Oleh itu, kami katakan, ini bertentangan dengan Islam,” kata Noor Faridah.
Beliau berkata jawatankuasa konsultatif mengkaji isu-isu ini penting bagi mengelakkan ketidakadilan masa depan terhadap umat Islam dan bukan Islam.
“Di bawah perlembagaan, mereka tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam. Tetapi sekarang, mereka juga mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam.
“Orang bukan Islam turut terlibat dengan keputusan mahkamah syariah dan undang-undang,” kata Farida.
“Islam adalah agama keadilan, belas kasihan dan kasih sayang. Tetapi cara Islam dilaksanakan di bawah undang-undang syariah ketika ini, yang diluluskan penggubal undang-undang negeri, ia bukan undang-undang Tuhan.
“Ia tafsiran manusia tentang hukum Tuhan. Ia menyebabkan banyak ketidakadilan bukan sahaja kepada orang Islam, tetapi orang bukan Islam juga,” katanya.
Ramai ulama yang bingkas bangun membidas kenyataan G25 yang dianggap melampau.
Malah ahli politik seperti Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berpendapat perundangan sedia ada memadai untuk menguruskan kepentingan umat dan peraturan Islam. PAS pun demikian.
Namun sedihnya pemain terbaru dalam politik Islam di Malaysia – Parti Amanah Negara (PAN) — lembab sedikit menyatakan pendirian dalam isu dosa khalwat adalah persoalan insan dengan Allah sahaja.
Sayugia diingat sebelum ini PAN juga tidak menetapkan pendiriannya dalam isu melesterikan alam sekitar khususnya isu penambakan laut di Pulau Pinang.
Sedihnya, G25 yang mewakili pesara perkhidmatan kerajaan yang selama ini “menderita” dek kesumat terhadap peraturan dan pengurusan Islam di negara ini hanya membisu ketika berkhidmat.
Adakah ini kerana mereka tidak mahu kedudukan dalam pentadbiran kerajaan akan tergugat? Kini apabila sudah “bebas” daripada peraturan dan kanun perkhidmatan awam, baru mereka bertindak?
Adakah keberanian ini timbul kerana ketika berkhidmat mereka berasa golongan yang sefahaman mereka adalah minoriti tetapi apabila sudah “bebas”, mereka percaya kedudukan mereka “selamat” jika bersuara dalam sebuah NGO seperti G25?
Kini apabila sudah terjamin bayaran pencen, baru mereka berani mengambil kesempatan kemelut politik negara kini untuk meluahkan apa yang terbuku di dada?
Sayangnya, sikap membisu PAN yang mengaku berjuang atas landasan Islam agak menyedihkan. Kini peraturan Allah – amar makruf nahi mungkar – dipertikaikan; tetapi PAN membisu.
Apakah perhitungan PAN isu ini tidak menguntungkan di segi politik? Adakah ia lebih gusar kemungkinan hilang sokongan 25 pesara penjawat awam dan golongan sekular yang sependirian mereka?
Atau, PAN masih menunggu isyarat daripada mentor mereka – Lim Guan Eng – menentukan sama ada isu ini merugikan atau isu populis yang akan menawarkan laba politik besar bagi pembangkang?
Apakah doktrin inklusif yang dilaungkan PAN selama ini meliputi perjuangan orang-orang pencen yang menuntut kawal selia atau kongkongan lebih ketat terhadap Islam?
Atau, adakah meleraikan isu khalwat sebagai satu jenayah bermakna PAN terbuka menerima golongan yang agak kurang selesa dengan peraturan hidup Islam di Malaysia akan membuktikan ia sebuah parti politik yang inklusif?
Apa pandangan dua mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia – Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin – yang menjadi penasihat PAN?
Wajarkah PAN menganut konsep dosa itu adalah soal peribadi di antara individu dan Allah sahaja? Maka bagi membuktikan ia berimamkan konsep inklusif, pemikiran G25 ditatang dalam PAN?
g25-um



islam-pan
Forum G25 : Dari kiri (duduk), Dato’ Redzuan Kushairi (moderator), Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Strategi PAN), Tan Sri Razali Ismail dan Dr Adis Duderija. Dr Dzulkefly membincangkan tajuk “Maqasid al Shariah- towards moderation in Islam”
(Aidnews 11 Dis 15: Kenapa PAN Membisu Apabila G25 Cadang Pemansuhan Undang-Undang Khalwat?) 

2 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah ....... berasap artikel ni tn haji ! Kat mana penyokong PAN nak sorok wajah 'bercahaya'depa ?Wajah blogger alhussyeen, greenboc, mountdweller, Yong dll semakin 'bercahaya' ku lihat tanda ketinggian iman mereka selepas terbongkarnya hal ini menunjukkan 'keikhlasan' perjuangan agama mereka.

Anonymous said...

PAN memang dah jadi barua pencacai keldai tunggangan DAPig. So tak heranlah memang sikap mereka menentang islam. DAPig dah boleh goyang kaki sbb keldai tunggangan sedang bertugas untuk dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails