Sunday, December 06, 2015

Rusia Ancam Turki Penuhi Ranjau Di Selat Bosporus & Dardanella. Apa Boleh Negara Islam Tolong?



Rusia mengancam Turki akan menutup selamanya Selat Bosporus dan Selat Dardanella dengan ranjau air, jika kerajaan Erdogan benar-benar menutup menutup kedua-dua selat tersebut bagi kapal-kapal Rusia yang akan melintas ke Laut Mediterranean.

Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Sputnik dalam terbitannya hari Sabtu (05/12) menyatakan, "Tentera Moscow mempunyai kekuatan besar untuk menutup selamanya Selat Bosporus dan Selat Dardanella dengan ranjau yang tidak boleh dimatikan dengan kapal penyapu ranjau ataupun kapal selam."

Sputnik melanjutkan, "Selain ranjau air, tentera Rusia juga mempunyai sistem peluru berpandu torpedo yang dibenamkan di dalam air yang boleh meluncur secara automatik beberapa kilometer jika ada kapal ataupun kapal selam yang menghampiri."

"Amerika Syarikat mungkin tidak akan lupa peristiwa Oktober tahun 1950 dimana armada laut AS bertumpuk seperti ikan sardin di atas piring akibat kapal-kapal mereka terkena ranjau air yang disebarkan kerajaan Korea Utara," tulis Sputnik dalam laporannya.

Ancaman ini disebarkan Rusia bertindak balas terhadap rancangan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang akan menutup Selat Bosphorus dan Selat Dardanelles setelah adanya penyusupan dari 4 kapal tentera Rusia yang menghentikan 5 kapal awam bendera Turki pada minggu ini. 

Apa yang boleh negara-negara Islam dan umat Islam tolong? (IH/Eramuslim)

7 comments:

Anonymous said...

Negara islam mampu tengok je

Anonymous said...

Kenapa nak Tolong Turki yang nampak macam negara Islam tapi bersekongkol dengan Tamaddun Barat bertambah-tambah pulak jadi ahli NATO? Bukan kah negara2 NATO yang memusnahkan Tunisia, Libya, Aghanistan, Iraq. Turki sendiri telah pun melanggar amaran Allah i.e. janganlah kamu mengambil Kristian dan nasara yang sesama mereka menjalinkan jalinan dan bersekutu sebagai wakil/sekutu kamu.

Kebanyakan orang Islam sendiri sangat lalai dengan apa yang berlaku didepan mata dan melupai yang sejarah telah banyak menceritakan hal kristian dan Nasara yang tidak sekali kali tunduk dan berpuashati dengan Islam sehingga lah kita menjadi sebahagian dari mereka!!

Anonymous said...

erdogan lebih teruk dr najib. erdogan bunuh pemberita yg dedah turki bekal senjata kpd Israel special intelligence services...

erdogan dakwa 2 pemberita (dgn tuduhan TREASON) yg bongkar turki hantar senjata kpd isis...

erdogan tangkap dan dakwa 2 jeneral tentera yg tahan lori bawa senjata ke Syria... MIT adalah badan risikan erdogan... tentera turki pun tak tau...

erdogan bunuh penunjuk perasaan di Istanbul...

erdogan beli minyak yg isis curi dr Iraq dan Syria dgn harga usd20 setiap barrel dan jual pd harga pasaran ke amerika, uk, eropah...

erdogan juga terlibat dlm penjualan barangan antikuiti yg isis curi dr muzium2 diiraq dan Syria...

keluarga erdogan terlibat secara peribadi dgn isis...

nak tau brp byk lori tanker yg keluarga erdogan ada? rusia keluar kenyataan mrk dah musnahkan 1000 lori tangki dlm masa 3 hari...

mansor said...

ya ke ... berita mana yg kamu baca....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

oic--setuju dengan yg pertama, k2 k3--al mansor tak baca berita dunia-baca utusan melayu dan metro

tunggu saja apa putin nak buat-
anatara katakatanya

1/memaafkan pengganas terserah kepada tuhan-menghantar pengganas kepada tuhan terserah kepada saya
2/ akan membuatkan turkey menyesal lebih dari sekali
3/Menurutnya, Allah telah menghilangkan akal sehat dari mereka sebagai bentuk hukuman di dunia atas dosa-dosa mereka.

paling awal

PUTIN: TELL YOUR DICTATOR PRESIDENT HE CAN GO TO HELL
conservativepost.com/putin-to-muslim-turkish-ambassador-tell-your-dict...

Putin has personally sent a message to the Turkish ambassador to Moscow, Mr Ümit Yardim, and ... “..then tell your dictator president he can go to hell along with his ISIS terrorist and I shall .... Those are his people - he will not go against them!

Anonymous said...

turki menyokong terroris isil bukan rahsia hakan fidan x mitmenyatakan isil mesti diterima sebagai realiti

russia telah membuka pekung pekung mereka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails