Wednesday, December 09, 2015

Cipta Pad Kalis Peluru Lindungi Pelajar Ditembak. Perlukah Di M'sia?

PAD perlindungan Bodyguard Blanket ini dapat melindungi kanak-kanak sekiranya berlaku serangan senjata api di sekolah.

JOM KREATIF
WASHINGTON – Kejadian serangan senjata api yang semakin berleluasa berlaku di Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini telah memberi idea kepada sebuah syarikat untuk mencipta pad kalis peluru bagi melindungi kanak-kanak di sekolah.
Pad Bodyguard Blanket ciptaan syarikat ProTecht didatangkan dalam pelbagai saiz bagi membantu kanak-kanak melindungi diri mereka apabila berlaku kejadian tembakan.
“Bodyguard Blanket mudah dipakai oleh kanak-kanak atau orang dewasa dan alat perlindungan ini sangat ringan.
“Apabila berlaku serangan, pad ini boleh memberi perlindungan pantas dan mampu memberi perlindungan maksimum daripada penceroboh di sekolah,” kata syarikat tersebut melalui laman webnya.
Pad berkenaan juga boleh memberi perlindungan dalam pelbagai keadaan termasuk di rumah, dalam kenderaan di jalan raya, tempat kerja, pusat beli-belah, taman permainan, tempat bersukan atau mana-mana lokasi tempat tinggal penduduk. – Agensi
Perlukah di Malaysia? 
Contoh lain: 
Sut Kalis Peluru Berharga RM61,189.

Sut kalis peluru keluaran Syarikat Garrison Bespoke sedang diuji


Keupayaan suit kalis peluru ditunjukkan kepada pihak media

Sut ini menggabungkan gaya dan teknologi nano karbon ringan untuk menyerap impak peluru

Sut ini kelihatan sama dengan sut biasa

Peluru tidak mampu menembusi sut ini 

Kesan peluru yang ditembak dengan menggunakan handgun

Teknolgi nano karbon ringan yang digunakan pada sut ini sangat kukuh 
TORONTO - Sebuah syarikat pakaian mula menjual sut kalis peluru dan bergaya untuk seorang eksekutif abad ke-21 yang dikatakan pasti menyebabkan perisik 007, James Bond, cemburu. 
Syarikat itu, Garrison Bespoke, menggabungkan gaya dan ciri keselamatan menerusi teknologi nano karbon ringan untuk menyerap impak peluru senapang patah dan menghalang tusukan pisau menembusinya. 
Keseluruhan kos sut mewah itu berharga K$20,000 (RM61,189.96) untuk pelanggan terpilih bagi mengelak dibunuh ketika berada di luar negara. 
“Kami memberi tumpuan membuat sut lengkap James Bond. Industri jahitan sebenarnya agak suram dan anda mahukan cabaran seperti ini,” kata ketua projek khas untuk Garrison Bespoke, David Tran. 
Tran berkata, sut itu hasil inspirasi perbualan dengan seorang pelanggan yang terselamat selepas ditembak di negara asing enam bulan lalu. 
Pada kunjungan berikutnya ke kedai itu, beliau mengaku masih tergamam dengan kejadian itu. 
“Selepas lima minit, kami terfikir, ‘Bolehkah kami menghasilkannya? Kami mula memikirkannya selepas itu,” kata Tran. 
Selaku pengasas jahitan pintar, syarikat itu tidak boleh dengan mudah menggunakan Kevlar, bahan perlindungan tempur biasa yang digunakan polis dan tentera. 
Justeru, mereka berbincang dengan kontraktor yang dirahsiakan Tran, yang sebelum ini menyediakan perisai pelindung tubuh kepada komando Amerika di Iraq. 
Sebaik saja sut dijahit, enam lapisan nipis nano karbon dimasukkan ke dalam lapisan belakang sut jaket dan di hadapan, membolehkannya terletak dengan elok. 
Walaupun lebih banyak lapisan boleh ditambah untuk perlindungan tambahan, keselesaan dan memudahkan pergerakan boleh disesuaikan. 

“Ramai eksekutif lelaki dalam industri kewangan, perlombongan dan minyak membuat pengakuan kepada kami bahawa mereka rasa tidak selamat serta gementar apabila berada di luar sana,” kata Tran.
AFP/Berita Harian Nov 2013
 Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails