Tuesday, December 08, 2015

Susulan Serangan Di California, Obama Janji Hapus IS..

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin berikrar bahawa negara kuasa besar itu akan menghapuskan kumpulan militan Islamic State (IS) dan memburu pengikutnya sama ada di dalam atau luar negara.
Ketika kepimpinan dan strateginya dipersoal, Obama menggunakan semua kuasa yang ada padanya bagi menenangkan rakyat susulan serangan di California baru-baru ini yang meragut 14 nyawa.
“Selepas begitu banyak peperangan, ramai warga AS bertanya sama ada kita berdepan barah yang tiada ubatnya,” kata Obama semasa berucap di pejabat rasminya, Oval Office di White House, Washington D.C.
Obama berkata, pembunuhan beramai-ramai di San Bernardino menjadi bukti ancaman keselamatan dalam negara kini berubah dan semakin meningkat.
Sebagai bapa kepada dua anak perempuan, kata Obama, beliau dapat membayangkan dirinya atau saudara terdekatnya berada di San Bernardino atau Paris.
IS sebelum ini memuji sepasang suami isteri yang melancarkan serangan di San Bernardino dan mengakui mendalangi keganasan di Paris.
“Saya mahu anda tahu. Ancaman daripada keganasan memang wujud tetapi kita akan mengatasinya. Kita akan hapuskan IS dan sebarang organisasi yang cuba menggugat kita.
“Tentera kita akan terus memburu dalang pengganas di mana-mana negara sekali pun,” katanya.
Beliau turut menggesa orang Islam di AS dan seluruh dunia agar menolak secara lantang dan tanpa keraguan ideologi kebencian yang disebarkan kumpulan pengganas seperti IS serta Al-Qaeda.
Ucapannya di Oval Office kelmarin ialah yang ketiga oleh Obama sepanjang beliau mentadbir negara. Ucapan seumpamanya pertama kali digunakan oleh Presiden Harry Truman bagi menyakinkan rakyat ketika AS berdepan krisis dalam negara.
Seorang pegawai kanan pentadbiran berkata, ucapan itu menjadi bukti bahawa Obama serius berhubung kejadian tembakan di San Bernardino yang kini disiasat sebagai serangan keganasan.
Dalam pada itu, tinjauan pendapat baharu oleh stesen televisyen CNN mendapati 68 peratus rakyat AS berpendapat tindakan ketenteraan Washington terhadap IS sebagai kurang agresif.
Para pemimpin parti pembangkang, Parti Republikan pula menuntut Obama mengerahkan tentera darat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ke Syria bagi menghapuskan IS. – AFP
Tashfeen Malik dan suaminya Syed Rizwan Farook pelaku penembakan di San Bernardino.


Berita awal lihat.. 

1 comment:

Anonymous said...

AS dan kuasa 2 kafir barat telah membunuh berjuta orang Islam atas nama demokrasi tapi tak dianggap bersalah tapi bila sorang kafir mati akibat balas dendam perbuatan mereka dianggap pengganas.Malah ada negara2 Islam tanpa segan silu menyokong kuasa2 kafir menghapuskan orang islam yang membalas dendam tadi .Hanya kuasa tuhan yang mampu menghapuskan mereka pula.What u give u get back...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails