Wednesday, December 09, 2015

Wanita Umno Gesa Tubuh Majlis Peguam Syarie. Pakaian Wanita Pun Kena Ikut Syarie...


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menggesa pihak berkaitan menyegerakan penubuhan majlis peguam Syarie dengan peranan yang sama seperti majlis peguam sedia ada.
Bercakap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita Umno, Shahrizat berkata Majlis Peguam Malaysia wujud sebagai badan untuk peguam lain, tetapi peguam Syariah tidak mempunyai badan sebegitu.
"Seperti mana peguam di mahkamah sivil, fungsi peguam Syarie tidak sekelumit pun kurang untuk membantu hakim menghukum dengan adil, tepat dan berkesan.
"Jika peguam di mahkamah sivil diurus tadbir Majlis Peguam yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976, peguam syarie hanya mempunyai kaedah-kaedah dan peraturan yang berbeza di setiap negeri yang mengawal selia mereka," kata Shahrizat yang mengakui menerima rungutan daripada pelbagai pihak, termasuk peguam syarie sendiri.
Justeru, pihaknya menggesa pihak bertanggungjawab melihat kepada pentingnya menyegerakan kewujudan akta guaman Syarie bagi memantau dan mengawal selia peguam syarie daripada pelbagai aspek.
"Satu perkara yang amat jelas ketika ini adalah ketiadaan satu badan khusus yang mengurus tadbir profesion peguam syarie ini," katanya di hadapan kira-kira 993 perwakilan Wanita yang menghadiri persidangan sayap pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Jangan lupa, pakaian wanita, puteri, dan kaum keluarganya pun kena ikut syar'ie. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails