Wednesday, December 09, 2015

Kerjasama Dg UMNO? Najib 'Mimpi Di Siang Hari'.. -N/Presiden PAS.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Abdul Razak bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan parti pemerintah itu adalah satu 'mimpi di siang hari'.
Katanya, ini kerana beberapa perkembangan yang disebut perdana menteri itu bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar.
"Datuk Seri Najib patut sedar dari mimpi dan menyelesaikan masalah dalaman Umno terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, jangan digunakan PAS untuk menutup masalah Umno.
"Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, malam tadi," tambah ahli exco Selangor itu.
Perdana menteri, dalam satu temubual televisyen malam tadi, mendakwa PAS menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu.
Najib juga dilaporkan sebagai berkata antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas, menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.
Mengulas lanjut, pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata Umno kini berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988.
Iskandar yang juga ADUN Chempaka berkata, Umno telah melakukan terlalu banyak "dosa" terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi parti Islam itu.
"Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima sebagai warganegara yang sah di negara ini," katanya.
Beliau mendakwa bahawa penjawat awam yang condong kepada PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan.
"Gerai peniaga yang menyokong PAS dirobohkan, aktivis PAS ditahan malah ada yang meninggal dunia akibat tahanan tersebut," tegasnya lagi.
Tidak cukup dengan itu, katanya, Kelantan dianaktiri sejak penubuhan kerajaan PAS yang pertama dalam tahun 1959.
Menurut Iskandar lagi, begitu juga dengan kerajaan PAS Terengganu yang telah dinafikan hak kepada royalti petroleum.
Tegas Iskandar, Umno akan sentiasa mencari PAS apabila tertekan.
"Tetapi terlalu banyak "dosa" Umno terhadap PAS dan sudah tentu mustahil bagi akar umbi PAS untuk memaafkan Umno," tambah Iskandar. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

kata2 naib presiden ni kalau dilihat bukan dituju kepada presiden UMNO tetapi kepada orang2 dalam parti dia sendiri. Nak cakap direct takut dikata tidak wala, maka berkias sebegini harap2 faham. btw, nak tanya nik amar apa kabar?

Mat Bi said...

Setakat ini ada sesiapa tahu apa response TGHH?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails