Sunday, December 06, 2015

UMNO Tipu PAS -Husam.. Lagi Bukti UMNO Tolak Hudud.

Husam Musa
Husam Musa

KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan Pas itu  disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan mesyuarat mengenai perkara itu.

“Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan ‘celik’ mata, Majlis Raja-Raja masih masih  tidak lulus lagi.
“Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul), tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?,” soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya.

Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini, tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal dibentangkan.

“Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan  April kena tipu,  bawa bulan Jun, kena  tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap,
“Kalau begini, macam mana nak hadapi pilihan raya, kita hanya boleh bagi tahu kepada rakyat kita nak buat sahaja,”katanya.

Husam berkata demikian sebagai merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu yang menyaksikan Pas sekali lagi gagal membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman hudud berjalan di negeri Kelantan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mempertaruhkan jawatannya bagi memastikan hukuman itu dilaksanakan sebelum menukar keputusannya.

Ahmad berkata, beliau tidak meletak jawatan kerana sudah berusaha supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. (SH)


2 comments:

Anonymous said...

Pandai sungguh En. Husam ni. Semua dia tahu. Yang hebatnya dia tahu itu salah, ini betul, orang tu salah, orang ni betul .... macam kasaf .... tentu hebat kalau jadi presiden PAS. Kesian jemaah, susah nak pelihara orang macam ni .... agaknya kena beri 2 tiga biji gula2 dn suruh pergi main jauh2 ....

mansor said...

Husam ada bijak sana tak perlu kasyaf kalau nak tahu bahawa bola bila dilambung pasti jatuh ke bumi..itu hanyalah konsep akal yg Allah bagi..bijak la sikit jangan taasub membabi buta....macamla pemimpin PAS tu maksum....itu sebab pemimpin PAS boleh membodohkan ahli sebab ahli sentiasa berusaha jadi bodoh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails