Thursday, July 27, 2017

Jenayah Seksual, Bendahari Vatican Tidak Mengaku Salah













REUTERS - PELL (tengah) dikelilingi polis Australia dan pasukan media ketika dia tiba di Mahkamah Majistret Melbourne di Australia semalam.
MELBOURNE, Australia – Bendahari Vatican, Kardinal George Pell yang merupakan penasihat tertinggi kepada Ketua Gereja Katholik, Pope Francis, menafikan semua tuduhan jenayah seksual masa lampau ketika beliau hadir buat pertama kali di sebuah mahkamah di sini semalam.
Pell yang kelihatan muram dan lemah, hadir ke pendengaran kes itu bersama peguamnya, Robert Richter yang memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak bersalah walaupun pengakuan rasmi tidak diperlukan pada peringkat tersebut.
“Saya mahu menegaskan bahawa Kardinal Pell mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan terhadap dirinya dan akan mengekalkan pengakuan ini,” kata Richter kepada mahkamah seperti yang dilaporkan oleh stesen penyiaran Australia, ABC.
Pell, 76, yang berpakaian hitam dan memakai kolar paderi hanya berdiam diri di hadapan Majistret Duncan Reynolds.
Hakim berkenaan mengarahkan supaya bahan bukti diserahkan kepada pasukan peguam Pell sebelum 8 September depan, manakala tarikh perbicaraan seterusnya pula ditetapkan pada 6 Oktober nanti.
Polis Australia mendakwa Pell pada bulan lalu atas jenayah seksual masa lampau melibatkan berbilang pengadu, namun butir­an dakwaan itu belum didedahkan.
Terdahulu, Pell berkata, beliau bersedia untuk dibicarakan bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah.
Kumpulan penunjuk perasaan menjerit ketika Pell menaiki tangga mahkamah. Beliau juga tidak bercakap dengan petugas-petugas media yang menunggu di luar mahkamah berkenaan.
Pell kini bercuti daripada tugasnya sebagai Menteri Ekonomi Pope Francis, jawatan yang dipegang sejak 2014.
– Reuters
IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails