Friday, June 29, 2018

1,000 Kuota Matrikulasi Untuk K/Cina: Maszlee. Bongkar Niat Sebenar PH?



SEJUMLAH 1,000 tawaran kemasukan Matrikulasi diberikan kepada pelajar bukan Bumiputera dari kaum Cina yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata tawaran menerusi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan bagi sesi 2018/2019 itu bagaimanapun diberikan buat pelajar daripada keluarga kumpulan berpendapatan rendah B40.
“Berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu, penawaran khas ini adalah satu hadiah daripada Pakatan Harapan (PH) kepada masyarakat Cina daripada keluarga B40.
“Kami akan berpegang kepada pendirian untuk membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk membantu sosioekonomi mereka,” katanya memetik portal Malaysian Insight.
Menurut Maszlee juga, kuota berkenaan sudah pun hampir dipenuhi dengan lebih 800 pelajar sudah diambil.
Program matrikulasi KPM merupakan satu program pra universiti yang disediakan kerajaan bagi pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) profesional.
Bagi sesi 2018/2019, Maszlee berkata sejumlah 84,891 permohonan sudah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan Bumiputera. – MYNEWSHUB.CC

4 comments:

Anonymous said...

Apabila keadilan menjelma.......pekong Pas pecah busok melantong!!!

Kelmarin, penipuan Pas `ana tahu` meletop! - pekong!

Semalam, Pas kena bayar saman Husam Musa di Kelantan! - pekong!

Hari ini, AJKT Pas, ahli syura ulama Pas juga ahli exco Pas negeri Selangor pula....
Datuk Dr Hassan Ali diperintah bayar RM225,000 kepada Khalid Samad MALAYSIA DATELINE Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, mengarahkan bekas Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali membayar gantirugi sebanyak RM200,000 dan kos sebanyak RM25,000 dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Malangnya Islam DIHINA oleh Pas!

Akan muncul ibu segala penghinaan terhdp. Islam oleh Pas tak berapa lama lagi!!!

Sungguh terlalu amat malu lagi sedih aku sbg org Islam Malaysia!!!

Anonymous said...

Islam agama ADIL.... takkan menganiaya sekalipun kepada bukan Islam
apatah lagi yg beragama Islam. Belajarlah utk hidup bersama dengan aman
pandang kedepan jgn dipayahkan perjalan utk memulihkan kembali ROH MALAYSIA KU NEGARA Ku

Anonymous said...

Macamana nak pandang ke depan jika pemimpin pun tak berkhatan. Kotor.

Anonymous said...

Yang tak berkhatan tu refer pada pemimpin bukan Islam yang suka menentang Islam je....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails