Thursday, June 28, 2018

Baiknya K'tan, Adun Pembangkang Pun Diberi Peruntukan.



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan juga akan memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing dijaga.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah berkata, secara dasarnya kerajaan negeri setuju melaksanakan hasrat tersebut.
Namun katanya, beliau belum dapat memberi penjelasan jumlah yang akan diberikan kepada lapan Adun Barisan Nasional (BN).
"Kita setuju untuk beri, bahkan kita sudah bincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dua minggu lalu, cuma tidak diisytiharkan lagi. Exco sudah putuskan mengenainya.
"Kita akan bagi peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat pembangkang di Kelantan, cuma jumlahnya kita sedang dibincang," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini.
Mohd Amar juga berkata, pelbagai cadangan diutarakan antaranya bagi peruntukan sama rata dan kurang sedikit daripada peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat kerajaan iaitu RM100,000 setahun. -HARAKAHDAILY 27/6/2018

8 comments:

Anonymous said...

bila mati sok....maka menjawablah depan malaikat akan ketidakadilan yang kamu laksanakan
sekalipun ianya keatas org kafir....

Anonymous said...

Alhamdulillah, akhirnya lobai2 Mula sedar dari mimpi

Anonymous said...

matdali.ibrahim@gmail.com

bunbinban said...

bagus. itu yg sepatutnya. alhamdulillah. hak rakyat tetap hak rakyat.

Unknown said...

Tahniah Kelantan

Anonymous said...

Moga kerajaan islam kelantan dirahmati dibawah pemerintahan islam.

Anonymous said...

Kerajaan PAS Kelantan mengutamakan keadilan sesuai dengan ajaran Islam untuk kebaikan rakyat.

Anonymous said...

dulu umno bagi kat pas.
sekarang pas bagi balik kat umno.
pusing sana pusing sini 2x5 juga.

kelantan mana ada pembangkang pasumno sehati sejiwa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails