Saturday, June 30, 2018

Lain Macam Betul PH Bila Dah Menang




SEBELUM dapat kuasa, macam-macam boleh dikomen dan dikritik, dan janji-janji kepada rakyat pun bertaraf bulan bintang.

Setiap saat ada saja kesalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hendak dikritik, dan semua kesalahan itu dijadikan bukti kenapa BN mesti ditolak.
Inilah yang dilakukan oleh pemimpin dan pengikut Pakatan Harapan sebelum pilihan raya 9 Mei lalu.
Semua kesalahan akan dikritik ke tahap ekstrem, bukan sekadar ditegur dan minta diperbetulkan.
Catatan, kartun, gambar diubahsuai disebar untuk memberi gambaran paling buruk pada UMNO dan BN.
Sepanjang masa, inilah yang dilakukan oleh PH dan pengikut-pengikut mereka di media sosial dan aplikasi komunikasi.
Mereka tidak berkempen secara sihat dengan menerangkan apa yang akan diperbaiki dan dilaksanakan oleh PH kalau berkuasa.
Apa yang mereka lakukan ialah memanipulasi emosi orang ramai dengan cara memburukkan pemimpin negara.
Mereka menyebarkan kebencian terhadap pemimpin negara supaya pengundi akan mengundi hanya berdasarkan sentimen benci ini.
Akhirnya apa yang masuk dalam kepala pengundi ialah kerajaan BN rosak, buruk, dan mesti ditolak.
Apabila BN sudah dibenci dan dirasakan amat buruk, secara automatik PH pula dianggap bersih, suci dan cekap mentadbir.
Timbul keyakinan bahawa PH kalau memerintah akan bersih, cekap, tidak memilih bulu dan jujur.
Tapi itu semua telah terbukti hanya fatamorgana yang tidak ada dalam bentuk yang nyata selepas mereka berkuasa.
Isu gagal melaksanakan walau satu pun janji manifesto, terus memburukkan dan memfitnah lawan.
Dalam pentadbiran negara, mereka melaksanakan apa yang kutuk dahulu, termasuk membuat lantikan politik, dan dalam jumlah yang banyak.
Kalau kejujuran semasa zaman BN dianggap satu nilai yang mulia dan jawapan tidak jujur akan mengundang kecaman, zaman PH tidak begitu.
Mereka telah melakukan banyak pembohongan dan “u-turn” sejak hari pertama menang lagi, apabila janji turun harga minyak, hapus tol dan PTPTN tidak ditunaikan.
Ini semua ialah tindakan atau ucapan yang boleh mengundang kecaman dan troll tanpa henti dan tanpa belas kasihan semasa zaman BN berkuasa.
Tetapi kerana mereka tidak jujur dan akan mempertahankan kumpulan mereka, teguran pun tidak kedengaran.
Malah mereka mencetuskan pula drama dan gimik lain untuk menutup atau menenggelamkan isu yang kontroversi itu.
Semua yang berlaku ini ialah akibat kegelojohan, tidak berpengalaman dan sikap yang salah dalam menguruskan negara.
Banyak masalah dan kekeliruan akan timbul akibat perangai kerajaan PH ini, yang akan mengganggu pengurusan negara.
Ikut perkiraan biasa, rakyat akan terpaksa menghadap kerenah kerajaan seperti ini lagi lima tahun, itupun kalau berlaku perubahan nanti. – Mynewshub.tv

17 comments:

Anonymous said...

mana cerita nya?

Setakat hari ini.. hanya satu isu yang di jaja oleh pembangkang. LGE tak guna bahasa Melayu. Berulang-ulang.

Pegawai khas yang di lantik. ok lah, kalau kira Kementerian Pendidikan, 10 orang tu ramai...

Kerajaan PH hanya melantik 25 orang Menteri berbanding dengan BN 30 orang. Di situ je dah kurang perlantikan Pegawai Khas.

Belum kira, ada Menteri yang kurangkan jumlah Pegawai khas.

Jadi jumlah keseluruhan Pegawai Khas PH adalah tak ramai..

Anonymous said...

PH tu kelompok yg kecewa. Bersatu, pkr bekas umno. Pan bekas pas yg kecewa x terlantik dlm mesy agung. Jd mereka semua bersandar ngan dap.
Dap berjaya menyatukan puak liberalis. Kafirun ngan liberal memang ngam.

Anonymous said...

tak habis2 nak pecah belahkan rakyat.....

Anonymous said...

Tuan Ibnu Hashim,

Nabi S.A.W ambil masa 23 tahun - ujud Daulah Islam kuasai dunia.
Erdogan Turki baru 15 tahun nak bangun Islam semula.
Umno@Pas dah +-61 tahun, Islam tak bangun pon, semakin hancur akidah umat adalah!

PH baru 45 hari tadbir Malaysia, dgn segala macam masalah mega yg ditinggalkan oleh najib umno bn pas, dah buat perbandingan, akai ada ka?

Tuan ibnu ni guna khidmat `BOT` juga kah yg link kpd MYNEWSHUB portal umno longkang nih?

Jangan pakai `boost` je tuan, nanti pembaca meluat, sama mcm org loya dah dgn umno bn pas!

Anonymous said...

Awal2 lg mahathir dah introduce kronisme. Episod sama mungkin berula ng bersama kekuatan liberal

Anonymous said...


Jangan lupa ... PIGS.

Semasa PRU PAS bolot semua kerusi. Satu, dua, kerusi bagi pada parti lain.. kerusi yang kalah..

Mana pergi nya PIGS

Anonymous said...

PIGS = Pakatan In Garbage Shits

Jangan lupa.

Anonymous said...

Barua dedak pakatan 6:20 am adalah pekak, buta dan dungu kerana enggan menerima kegagalan pakatan melaksanakan semua janji pakatan.

Wah penyokong, barua dan pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sahaja.

Anonymous said...

Yang pecah-belahkan rakyat ialah pakatan sendiri tetapi barua pakatan enggan menerima hakikat ini kerana mereka tertarik pada dedak cap roket.

Anonymous said...

Rejim pakatan selalu menyalahkan pihak lawan kerana pakatan mahu menyembunyikan kelemahan dan kegagalan rejim pakatañ sendiri.

Anonymous said...

Inilah akibat buruk diktator kitar semula dilantik menjadi pm.

Anonymous said...

Tun M terkenal dengan semboyan 'Malaysia Boleh!
Tapi nak tegak negara Islam, tak boleh. Jiwanya kerdil.
Kerana individunya yang tak tahu agama, telah mempengaruhi masyarakat dan negara. Telah ditunggangi Iblis dan barua-baruanya.

Anonymous said...

Ooi kawan ... ada hati lagi ke nak membela penipuan kerajaan ph pd rakyat...? Benak betul la manusia ini.. dah termakan dedak ap sampai sanggup lagi menegakkan kezaliman dan kemungkaran ph ni... penipuan demi penipuan telah termaktub dlm sejarah negara. Sebuah kerajaan yg berkuasa melalui penipuan trhadap rakyat utk memenangi kuasa di putrajaya dgn memungkiri segala janji2 yg melunakkn dan mencandukan rakyat .akhirnya kemenangan yg diamanahkan rakyat dibalas dgn sifat munafiq krjaan ph pd rkyat. Malang sungguh rkyat negara ini yg telah tertipu. Rasa2nya inilah satu2nya kerajaan dlm dunia ini yg merajai penipuan ke atas rakyatnya sendiri....
Bodoh sungguh lah org melayu yg mengundi ph ini...

Anonymous said...

Ooi 8.05am....
Hang ingat ph kerajaan islam ke...? Nak roboh islam mungkin.contoh dah ada. Mana ada kerajaan yg yg baru dapat kuasa tiba2 nak batalkan pusat pentadbiran spt jakim...? Klu betul kerajaan yg baik dia akan berusaha menambahbaikan yg ada bukan nak menghancurkan
..! Apa punya kpla otak ni mereng ke..?

Anonymous said...

Bila pulak pas jadi kerajaan dengan bn. Yg rosakkan islam selama 61 umno bn dan termaduk 22 tahun oleh tun m jadi bila tun m jd pm untuk ph agenda merosakkan islam akan berterusan oleh kerajaan ph. Komen ni makan diri tun m.

Anonymous said...

Budak 8 05 ni tak cukup umur sebab dia tak kenal sapa tun m.

Anonymous said...

Punca rosak msia, masa mahathir. Lepeh tu berganda2 rosak bila pewaris ambil alih bn. skrg pindah kem. tp akhlaq dan aqidah tetap sama. gabung pulak dgn dap dgn gagasan msia baru. pan pun ikut serta dgn peranan pemfitnah guna maklumat dlaman yg diperolehi semasa bersama pas. semua tahu mat sabu dan rakan2nya, level ilmu Islam mereka. liberal dan basic. ibarat djh satu menilai tkt satu. Islam bersama mereka boleh melurut jatuh, dijunjung pulak kafirun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails