Tuesday, June 26, 2018

Bursa Saham Malaysia Terus Turun!



KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini namun kembali rendah selepas itu berikutan sentimen pasaran negatif berterusan susulan kebimbangan terhadap perang perdagangan global.
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.18 mata kepada 1,677.92 daripada 1,678.10 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks itu dibuka 1.14 mata lebih tinggi kepada 1,679.24.
Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 223 berbanding 89, manakala 146 kaunter tidak berubah, 1,457 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 229.19 juta unit bernilai RM74.16 juta.
Dalam nota hari ini, Kenanga Investment Bank Bhd. berkata, secara teknikal, indeks penanda aras itu berkecenderungan susut ketika ini dan sentimen negatif berterusan boleh mendorong indeks tersebut turun malah lebih rendah kepada paras 1,615.
“Sekiranya pemulihan positif berlaku, paras rintangan boleh direkodkan pada 1,720 dan 1,760,” menurut firma itu.
Sementara itu, Maybank IB Research berkata, pasaran dijangka terus rendah hari ini memandangkan sentimen akan dipengaruhi oleh kebimbangan perang perdagangan yang serius.
Firma penyelidikan itu berkata, saham minyak dan gas boleh mengalami tekanan daripada kejatuhan harga minyak mentah.
“Secara teknikal, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan antara 1,630 dan 1,710 hari ini. Sokongan negatif diselaraskan kepada 1,650 dan 1,630,” menurut Maybank IB. – Bernama

7 comments:

ikan said...

habis musanah lah nampaknya cita-cita nak pakai kereta range rovers diskaun dan tambah bini macam seorang ketua tu. sedihnya..

#janganpontengparlimen16julai

Tinta Asyraf said...

Lama tak Ziarah Blog. Salam ziarah tuan...

15 CARA MENGENALI GEJALA KEMURUNGAN dan Atasi Kemurungan Melampau Dengan Bekam & B'Young Gold.

Layari link

http://www.imanbekam.com/2018/06/15-cara-mengenali-gejala-kemurungan.html

Anonymous said...

Ini istilah PEMBETULAN TYEKNIKAL DALAM BURSA. Kes ini ambil masa lebihkurang2 ke 3 minggu sahaja. Hanya ahli ekonomi yg tahu situasi ini, ahli blogger yg GILA MEROYAN tak akan tahu malah mereka kata dunia akan kiamat akibat saham menurun!

Anonymous said...

Terutama bloger ibnu dan admin nya, tau kopipes je.......

Tak meroyan, tak ``masyuuuukkkkk``....... mis syuruuuuuu.......kah kih kah kih kah kih kih ki

istidraj ibnu, istidraj.................................

Mat Ozil said...

ko bising mcm la ko beli saham... ke terkena dgn saham pro najib... hahahaha....

Anonymous said...

Ni la masa untuk penyokong2 rasis cauvinis tegar PH yang kerugian saham jatuh untuk beramai2 lompat dari jambatan Pulau Pinang. Tapi jangan risau, nanti ada la orang Melayu yang sanggup selamatkan dari dalam laut atas dasar kemanusiaan.

Alshams said...

Ha ha ha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails