Tuesday, December 16, 2014

Dalih Tolak Hudud Di K'tan, Sama Anwar, DAP, UMNO..


KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda enakmen tentang hudud di Dewan Undangan Negeri bermasalah, kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.

Demikian lapor media semalam
"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud)," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah."
Kerajaan Kelantan telah menetapkan 29 Disember untuk memanggil satu sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata semalam ia adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Kelantan menguatkuasakan hudud.

Walau bagaimanapun, DAP telah berulang kali menuntut PAS menangguhkan rancangannya di Kelantan, menyatakan undang-undang jenayah Islam yang kontroversi bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat.

Anwar pula berkata mereka masih tidak tahu pindaan enakmen yang hendak dibuat, tetapi PAS katanya telah berjanji untuk memberikan maklumat itu.
"Dalam kata sepakat yang kami capai pada tahun 2010, kita bersetuju apa-apa langkah-langkah baru perlu dibincangkan dalam PR. Tetapi kita juga bersetuju apa-apa langkah yang telah diambil sebelum ini (sebelum kewujudan PR) termasuk yang diambil oleh Kelantan perlu dihormati.
"Jadi, saya tidak tahu tentang peruntukan ini apakah sama dengan apa yang telah diluluskan sebelum ini yang juga memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan." Kata Anwar.

Menmurut Anwar, Pakatan Rakyat akan mengkaji rang undang-undang ini sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya. Sebelum ini, kerajaan Kelantan sudah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal mengenainya yang mengumpulkan semua kumpulan pakar mengenai undang-undang itu termasuk para peguam sivil.
Kerajaan pusat juga telah menubuhkan jawatankuasa yang sama di peringkat pusat dengan diketaui oleh Ketua Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara. Sehingga kini, tujuh mesyuarat telah diadakan iaitu lima di peringkat negeri dan dua di peringkat pusat.

Nampaknya, sama saja dalih puak-puak tolak hudud termasuk Anwar, DAP dan UMNO.. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

1 comment:

Anonymous said...

Baik Anwar dan PKR, DAP, UMNO, MCA dan lain-lain parti politik akan menolak hukum hudud ni dari dilaksanakan. Penolakan Anwar terhadap hukum hudud ni tidak mengejutkan sebab beliau bukan pejuang Islam sejati tapi seorang ahli politik yang mempergunakan agama Islam untuk kepentingan politik beliau walaupun semasa beliau muda dulu dilihat memperjuangkan Islam tapi hakikatnya beliau tidak berminat nak daulatkan Islam. Semasa beliau berkuasa beliau tidak bersungguh nak martabatkan Islam malah beliau antara pemimpin UMNO yang menentang usaha PAS nak laksanakan hukum hudud di Kelantan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails