Thursday, November 27, 2014

AS: 2,000 Askar Kawal Rusuhan Kaum Ganas Di Ferguson

Lebih 2,000 askar dikerah ke bandar Ferguson di mana tercetusnya rusuhan perkauman kelmarin

FERGUSON, Missouri – Seramai 2,000 askar Pengawal Kebangsaan dihantar ke bandar ini bagi membantu pihak polis mengawal bantahan ganas yang tercetus selepas jemaah juri membebaskan seorang anggota polis menembak mati seorang remaja kulit hitam pada 9 Ogos lalu.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama merayu supaya lebih banyak dialog diadakan dan Peguam Negara AS pula berjanji siasatan ketat oleh pihak Persekutuan berhubung pembunuhan remaja kulit hitam, Michael Brown, 18.

Pihak polis berkata, keadaan di bandar ini kembali tegang kelmarin apabila kumpulan penunjuk perasaan membakar sebuah kereta peronda polis dan pihak berkuasa di negeri Missouri terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Kumpulan penunjuk perasaan kemudiannya bertempur dengan polis yang menyembur mereka dengan serbuk lada.

Bagaimanapun, seorang jurucakap polis berkata, jumlah penunjuk perasaan berkurangan berbanding hari sebelumnya di mana kumpulan perusuh membakar berpuluh-puluh kereta dan beberapa premis perniagaan.

Tunjuk perasaan terburuk itu yang turut berlaku di beberapa buah bandar di AS selepas jemaah juri membebaskan seorang anggota polis berkulit putih, Darren Wilson yang menembak mati Brown meskipun remaja itu tidak bersenjata. – Reuters

Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails