Monday, November 24, 2014

Liku-liku Perjalanan Model Cantik Pilih Islam.

Lika-liku Perjalanan Model Cantik Jadi Mualaf 

PERJALANAN Maria Esther Roman dalam mencari Islam bermula apabila dia masih berusia 20 tahun. Ketika itu, Maria adalah seorang mahasiswi. Maria kenal dengan Islam melalui beberapa rakan muslimnya. 

Itu pertama kali bagi Maria mendengar ada agama bernama Islam. Sebelumnya, Maria adalah sosok yang haus akan ingin tahu. Kerana itulah dimulai banyak bertanya tentang agama baru tersebut. 

Kepada rakan-rakan muslimnya, Maria sering mengajukan soalan dan mereka dengan senang hati menjawabnya. Semakin banyak dia bertanya, Maria semakin yakin akan kebenaran dalam Islam. Sehingga dia memutuskan untuk beralih agama setelah mempelajarinya hanya dalam 4 bulan. 

Namun tidak mudah bagi Maria untuk mengubah siapa dirinya selama ini. Itu bukan kerana dia tidak mahu berubah, tetapi kerana cara orang memandangnya selama ini. Sangat sukar meyakinkan mereka tentang perubahan yang terjadi padanya. 

Ternyata, Maria dulunya adalah seorang model sejak usia 14 tahun. Maria sangat menyukai dunia tersebut. Namun, semakin dia berjaya sebagai model, dia merasa ada sesuatu yang salah. Sesuatu yang hilang yang dia sendiri tidak tahu apa itu. 

Dalam satu show, Maria termenung di ruang ganti. Dia tidak tahu apa langkah selanjutnya setelah dia lulus kuliah. Maka, suatu hari, Maria melawat seorang teman dan menumpahkan kegalauan yang dirasakannya. 

Saat akan pergi, teman Maria itu berkata, "Jangan bimbang Maria, berfikirlah ke mana dan di mana kamu seharusnya. Tuhan akan menuntunmu menuju hidayah." 

Dan begitu rakannya itu selesai bicara, Maria membuka pintu dan pergi. Maria serasa disambut sebuah sinar yang terang. Maria menganggap kata-kata temannya itu sebagai jawapan. Maka dia memutuskan untuk memeluk Islam. 

Ibu bapa Maria begitu terkejut dengan keputusannya. Mereka tidak mengerti kenapa Maria mengambil keputusan seperti itu. 

Selama bertahun-tahun, ibu bapa Maria mula belajar menerima keputusan puterinya. Ibunya akan memasak masakan khas untuk Maria jika ada hidangan daging babi. Maria juga sering diingatkan untuk memakai tudung tiap kali ada tetamu. 

Islam telah mencairkan hati Maria terhadap kedua ibu bapanya. Sebagai generasi muslim Puerto Rico pertama, Maria jadi paham dan menghormati kerja keras ibu bapanya selama ini. 

"Aku muak dengan kehidupan yang aku jalani sebelumnya. Dan sekarang aku akhirnya mencari kedamaian. Alhamdulillah, aku punya pilihan dan aku telah mengambilnya. Islam mengajarkan untuk rendah hati," kata Maria. 
(IH/Sumber: Arab News)

Lihat ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails