Thursday, November 27, 2014

Bukan Konsep Negara Islam Ancam Negara Tetapi...



GAMBAR pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman militan Islamic State turut dilampirkan dalam kertas putih yang dibentangkan di Parlimen semalam. 
 
KUALA LUMPUR – Kerajaan semalam melahirkan kebimbangan dengan kepakaran membuat bom dan latihan ketenteraan yang dipelajari rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Islamic State (IS) ketika berperang di negara-negara bergolak kerana mereka dikatakan mampu melancarkan serangan pada bila-bila masa sekembalinya ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepulangan rakyat Malaysia yang menyertai IS dan pernah berperang di kawasan konflik Syria dan Iraq sememangnya meningkatkan risiko keselamatan kepada negara.

“Lebih menakutkan lagi, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik peperangan yang mereka miliki, militan-militan ini berupaya melakukan aktiviti pengganasan secara bersendirian.
“Dengan kepakaran keten­teraan dan kemahiran membuat bom yang diperoleh di Syria, mereka juga berpotensi melancarkan serangan pada bila-bila masa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang besar kepada harta awam,” katanya.


Najib berkata demikian semasa membentangkan kertas putih bertajuk Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State di Dewan Rakyat semalam.

Kertas putih setebal 19 muka surat itu mengandungi sembilan bab dan disertakan lampiran gambar-gambar yang menunjukkan kekejaman anggota IS memenggal, menembak dan mengelar orang awam. Turut dimuat dalam kertas putih itu ialah gambar lima rakyat Malaysia yang terbunuh ketika berperang di Syria.

Mengulas lanjut, kata Najib, kerajaan juga khuatir jika anggota IS itu mewujudkan semula sel-sel pengganas dan membentuk jaringan dengan kumpulan militan sedia ada di dalam negara dan serantau seperti kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Mindanao, Filipina.

“Oleh sebab kawasan operasi kumpulan Abu Sayyaf ini amat hampir dengan pantai timur Sabah, ia akan meningkatkan risiko keselamatan di kawasan itu. Sekarang dipercayai terdapat lima orang suspek Malaysia yang dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bukan konsep Negara Islam yang diperjuang oleh Parti Islam Malaysia (PAS) ancam negara, tetapi menurut PM ialah kumpulan militan Islamic State (IS) seperti yang disebutkan. PAS parti berdaftar di Malaysia, orang Islam wajib sokong.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails