Monday, November 24, 2014

Heboh! Azan Berkumandang Dari Gereja Di Switzerland.


HEBOH!ADZAN berkumandang dari Gereja - gereja di Swiss 

Zurich: Kini beredar sebuah video yang menayangkan azan berkumandang dari pelbagai gereja di Switzerland. Video ini menggambarkan bagaimana masyarakat Switzerland terkejut dengan azan yang berkumandang dari rumah ibadah Kristian di sana.

Video ini dibuat oleh seorang warga Switzerland, Johannes Gees, pada 2007 lalu. Pada mukadimah video diterangkannya bahawa panggilan untuk solat atau azan adalah pemasangan suara untuk pelbagai bandar dan sebuah gunung di Switzerland.

Suara azan ini "ledakan" dan menjadi pusat perhatian masyarakat, kerana suara itu adalah rakaman muazin yang mengumandangkan azan dengan megaphones yang dirakam mp3 player. Kemudian suara itu dirakam dan diberi masa dan bateri. Rakaman itu selalu menyala dan mengumandangkan azan dengan pembesar suara, kerana diberi bateri.

Rakaman muazin diambil dari seorang tukang azan sebuah masjid di Makkah al-Mukaramah. Pembesar suara dan alat pemutas azan ini dipersiapkan secara rahsia dan kemudian dipasang di menara-menara gereja di Switzerland.

Pada bahagian awal video tampak proses pembuatan alat pengumandang azan yang terdiri daripada pembesar suara yang digabungkan dengan mp3 player. Pembuatan alat ini dilakukan pada 18 Jun 2007. Persiapan dilakukan di bandar terbesar di Switzerland, iaitu Zurich.

Sebulan kemudian alat â "alat itu dipasang di menara â " menara gereja. Alat digantung dengan kawat. Pada saat waktu zhuhur tiba, alat itu mengumandangkan azan. Semua masyarakat di Switzerland mendengar laungan azan itu.


 Video: HEBOH!ADZAN berkumandang dari Gereja - gereja di Swiss 
(IH/lasdipo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails