Sunday, November 23, 2014

3 Rakyat M'sia Disyaki Terlibat ISIS..


Tiga rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan di Syria ditahan dalam operasi oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas di sekitar ibu negara dan Selangor, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang berusia 28 hingga 34 tahun itu disyaki terlibat dalam mengendalikan beberapa laman sosial Facebook yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

"Seorang daripada suspek yang ditahan adalah isteri kepada individu yang dituduh pada 11 November atas kesalahan menghasut, menggalak dan memperoleh harta untuk tindakan keganasan.

"Seorang lagi suspek wanita bekerja sebagai pengurus acara di ibu negara, manakala suspek ketiga adalah penolong eksekutif lelaki di sebuah syarikat badan berkanun," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails