Friday, January 15, 2016

DAP Mulai Takut Dan Bimbang Kemarahan Oang Melayu?


DAP mulai takut dan bimbang? DAP terpaksa memulihkan imejnya dalam kalangan orang Melayu, dan DAP perlu berhenti membuat tindakan yang boleh menyinggung perasaan mereka. 

Malah, Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Ong Kian Ming menambah, tindakan itu juga menyusahkan parti komponen Pakatan Harapan yang lain. 

“Persepsi orang Melayu terutama golongan muda boleh diubah, dengan syarat DAP perlu berhenti membuat tindakan yang merugikan diri sendiri (shoot ourselves in the foot),” katanya dalam forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′, di sini, malam tadi. 

Beliau mengambil contoh Setiausaha Pemuda DAP Perak, Chong Zhe Min yang mengkritik kerajaan kerana menghalang kemasukan dua atlet warga Israel ke negara ini, bulan lalu. 

“Kenyataan itu mengejutkan ramai pemimpin parti. Akhirnya kita perlu buat banyak kerja untuk pulihkan keadaan (internal containment). Ia juga menyusahkan rakan-rakan (Pakatan Harapan),” kata Ahli Parlimen Serdang itu lagi. 

Beliau juga mengakui kecenderungan segelintir pemimpin menggunakan bahasa ibunda berbanding bahasa kebangsaan dalam berkomunikasi, sama ada dalam kenyataan atau ucapan, membuatkan orang Melayu kurang yakin bahawa DAP adalah parti untuk semua kaum. 

Justeru, beliau berharap DAP memperbaiki perkara ini agar dapat menarik lebih banyak sokongan Melayu pada PRU akan datang. Kajian Institut Darul Ehsan sebelum ini mendapati 72 peratus daripada 1,716 responden setuju bahawa DAP hanya memperjuangkan kaum Cina dan 64 peratus setuju parti itu anti-Melayu dan Islam.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails