Friday, January 15, 2016

A/Majlis PBT S'gor, PAS 67 & PAN 10. Adilkah?

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan PAS mendapat 67 kerusi dan Parti Amanah Negara (PAN) mendapat 10 kerusi Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.
Ini menunjukkan pengurangan 5 kerusi Ahli Majlis yang diperuntukkan kepada PAS, sedangkan sebelum ini parti Islam itu diwar-warkan mendapat 72 kerusi.
PAN pula mengalami penambahan dua kerusi sedangkan sebelum ini parti itu hanya diwar-warkan mendapat 8 kerusi sahaja.
“Pecahan PKR sebanyak 101, 96 untuk DAP dan Pas kekal 67 manakala Amanah pula 10 kerusi selebihnya lima NGO serta sembilan wakil istana itu sudah muktamad dan kesemua ahli majlis berkenaan akan angkat sumpah minggu depan.
“Semua parti termasuk Amanah telah melalui proses perbincangan dan bersetuju dengan pengagihan tersebut. Hal demikian, saya berterima kasih kepada semua parti termasuk DAP, Pas dan juga Amanah yang mengambil sikap yang matang kerana melihat jawatan ahli majlis ini bukan sebagai ganjaran politik.
“Tapi satu tangggung jawab yang perlu dipikul untuk memastikan masalah pembayar cukai dapat diselesaikan segera,” kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Shah Alam, semalam.
Azmin mengucapkan penghargaan kepada semua parti iaitu PAS, DAP, PKR termasuk juga PAN kerana mengambil sikap matang dalam proses pengagihan 288 kerusi ahli majlis berkenaan.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PAS tidak meneruskan hasrat mereka menambah jumlah bilangan kerusi ahli majlis mereka daripada 67 kepada 70 kerana mahu mengekalkan bilangan ketua kampung sedia ada.
“Tidak ada tambahan untuk ahli majlis PAS walaupun peringkat awal nak tambah, PKR dah setuju nak serah sikit tapi mereka ubah fikiran untuk kekalkan jumlah ketua kampung pada pemilihan hujung tahun ini.
“Permintaan PAS itu kita ambil maklum, akan nilai semula hujung tahun ini selepas tamat tempoh perkhidmatan,” kata Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik Azmin.
Sebelum ini, ramai di kalangan akar umbi PAS mengkritik Azmin kerana mengiktiraf PAN dalam PBT yang dianggap berlawanan dengan janji yang pernah diucapkan oleh Timbalan Presiden PKR itu.
Pelantikan Ahli Majlis dari PAN itu seolah-olah melanggar janji yang pernah diucapkan Azmin bahawa Kerajaan Selangor hari ini bukan Kerajaan Pakatan Harapan kerana ia dibentuk melalui semangat ‘Pakatan Rakyat’ pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Selanjutnya, sila baca “PBT Selangor : Rumah Siap Pahat Berbunyi
Pada Rabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Sallehin Mukhyi meramalkan selepas majlis perjanjian Pakatan Harapan Azmin bakal ditekan oleh DAP supaya tidak menggunapakai prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Ustaz Sallehin yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berpendapat prinsip itu secara langsung memberi ‘manfaat’ kepada DAP.
“Saya boleh agak… Dalam soal mendesak pun, sebelum ini DAP pun pernah mendesak keluarkan PAS daripada pentadbiran kerajaan negeri, sebagaimana Lim Guan Eng minta suatu ketika dahulu. Namun atas keprihatinan MB terhadap keperluan mempertahankan legasi Pakatan Rakyat dahulu yang tidak ada apa-apa masalah.
“Saya percaya bahawa MB kemungkinannya menerima tekanan dalam hal itu. Dan PAS bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku di Selangor,” katanya ketika dihubungiAntarapos.
Beliau meminta agar Azmin bertegas dalam pentadbiran kerajaan negeri tanpa mencampuri perihal perjanjian Pakatan Harapan itu.
“Sebagaimana kenyataan Azmin bahawa tiada tempat PH di Selangor, sebaliknya PR sebagaimana parti-parti yang menang pada PRU-13, pada saya tidak timbul soal PH dalam konteks pentadbiran negeri,” ujarnya lagi. (AIDCNews- 15/1/16)

8 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

Apa pulak xadilnya. Xde kerusi PBT yang menjadi milek PAS dikurangkan. Amanah mendapat 10 kerusi PBT itu dari kuota PKR dan Selangor.

Kena ingat Amanah adalah sebahagian dari PH. Amanah juga mempunyai 2 Adun.

Sudah-sudah la dok berhasad dengki. Sudah2 dok berbalah diatas perkara remeh temeh. Kalau PAS.dan tuan haji dok asyik dok ungkit perkara remeh temeh untuk cari gaduh dgn Amanah, bila PAS hendak buat kerja memperkukuhkan parti. Tak sedar lagi ke bahawa PAS sekarang ni dalam keadaan tenat, lemah, berc3laru, berpecahbelah, halatuju parti lintang pukang, sekejap nak jadi penasihat kerajaan,sekali nak lawan UMNO, sekali nak bek3rjasama.

Amanah juga yang cerdik. Depa xbuqng masa nak cari gqduh dgn PAS. Depa buat kerja untuk memajukan parti depa. PAS je dok serang dok cari gaduh dgn depa hari-hari.

Sudah-sudah la tuan haji. Buang sikap hasad dengki tu. Realiti yang ada sekarang, dunia politik Islam di Malaysia ini sudah mempunyai 2 pemain; PAS dan Amanah. Suka xsuka, PAS dan penyokong seperti tuqn haji xdapat mengubah realiti yang ada.

Anonymous said...

ANU HASYIM...
ANU HASYIM...
TAK HABIS2 MENGHASUT DAN MENULIS PERKARA2 YG NEGATIF...
BALIK LAH KE PANGKAL JLN SPT TULISAN TUAN HAJI DULU2....

Anonymous said...

Wan rosli dah lama tak singgah

Anonymous said...

sebagai penyokong ummo, aku memang seronok bila baca blog ANU HASHIM yg rajin sangat hantam parti PAN & DAP. Parti PAScai lebai2 walaun baiah taklik sepatutnya disingkir jer kat selangor, bagi jer masjid kat lebai2 Pascai ni ..PBT, GLC, EXCO & apa2 jawatan tak payah bagi kat dia orang Pascai @ bagi banyak pakej kursus perkahwinan kat lebai2 Pascai Selangor & suruh dia orang buat kuliah babuljimak banyak2 & jangam lupa jemput ANU HASHIM untuk kasi kuliah ..hi hii

An Anonymous said...

Bila masa plk PAS bercelaru.. Sejak keluarnya golongan pentaksub LGE kami boleh tidor lena dan bila tidor dah cukup kami dapat memperkasakan parti dgn sepantas kilat lantaran x ujud lagi golongan pengacau.

Yg bercelaru ialah PAN bilamana sampai skrg masih x de perlembagaan..sbb tu PAN berani sain permuafakatan dgn PH..ini pun taktik PAN jgk supaya bila PAN tolak hudud nanti atas dasar konsesus PH, PAN x boleh disalahkan oleh org yg masih ada rasa syg pd Islam dlm PAN kerana PAN boleh beralasan masa sain tu belum ada perlembagaan.. Fikir2kan..

An Anonymous said...

Bila masa plk PAS bercelaru.. Sejak keluarnya golongan pentaksub LGE kami boleh tidor lena dan bila tidor dah cukup kami dapat memperkasakan parti dgn sepantas kilat lantaran x ujud lagi golongan pengacau.

Yg bercelaru ialah PAN bilamana sampai skrg masih x de perlembagaan..sbb tu PAN berani sain permuafakatan dgn PH..ini pun taktik PAN jgk supaya bila PAN tolak hudud nanti atas dasar konsesus PH, PAN x boleh disalahkan oleh org yg masih ada rasa syg pd Islam dlm PAN kerana PAN boleh beralasan masa sain tu belum ada perlembagaan.. Fikir2kan..

An Anonymous said...

Aku malas nak layan kau sbb org UMNO dah sedia bebal sejak azali..

Anonymous said...

Amboi. Pas tu cerdik sangat ke? Pas dah putus hubungan dgn dap. Tp masih jadi exco dlm kjaan selangor bersama dap. Sedangkan dap diperangi krn tolak hudud. Berpakat dgn musuh yakni dap. Pelik politik paschai. Tp ku tahu depa syg jawatan exco dan glc mcm din ayam menantu faqihun fajirun. Tu je sebabnye. Time fulus semua lebai tak mau terlepas. Apalagi lebai pas chai. Bye wala unta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails