Tuesday, September 17, 2013

Tentera Mesir (kudeta) Serang Kampung Delga (Islam/Kristian)


MESIR: Tentera kudeta semalam melancarkan serangan ke atas penduduk di perkampungan Delga yang terletak di dalam wilayah Almanya dipercayai sebagai usaha menyekat perhimpunan membantah rampasan kuasa oleh tentera.

Difahamkan, pihak tentera mengepung segenap penjuru perkampungan tersebut dan melepaskan tembakan peluru hidup termasuk tembakan dari atas helikopter.

Tentera kudeta didakwa menggunakan alasan bahawa terdapat persengkataan di antara puak-puak di dalam kampung tersebut, dan menuduh penduduk menyimpan senjata dan pelancar roket di perkampunagn tersebut.

Menurut seorang saksi yang juga pendudk kampung berkenaan, pihak tentera melepaskan tembakan rambang pada awal pagi semalam dan berlanjutan hingga ke waktu malam.

Beliau juga menafikan tuduhan pihak tentera yang disifatkan sengaja mereka alasan untuk menghalang himpunan rakyat menuntut legitimasi dikembalikan.

Katanya, perkampungan Delga hidup dengan aman damai sebelum ini bersama penduduk-penduduk Kristian bahkan ada segelintir dari mereka yang menyokong legitimasi dan menentang rampasan kuasa dan turut serta dalam perhimpunan-perhimpunan yang dijalankan.

Beliau juga tidak dapat memastikan jumlah kematian dan kecederaan kerana mendakwa serangn berlaku di seluruh kawasan perkampungan.

Sementara itu, pasukan keselamatan menyatakan sekurang-kurangnya 45 orang ditahan dalam serangan operasi semalam.

Mereka juga memberitahu, bahawa 10 kereta perisai dan 30 tentera telah dikerahkan untuk operasi menyerang kampung tersebut.

Kerajaan kudeta turut mengisytiharkan satu perintah berkurung di kampung tersebut atas alasan mahu menghalang mana-mana individu dikehendaki daripada melarikan diri. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails