Tuesday, September 17, 2013

Utusan Tarik Balik Fitnah Husam, Bayar RM40,000



Datuk Husam Musa.
Hari ini mungkin hari yang paling mengembirakan bagi Datuk Husam Musa (gambar) kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.

Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.(MI)

2 comments:

Unknown said...

kaya betul utusan nihhh.....selalu kena saman

batu api said...

Syaz Wani said...

kaya betul utusan nihhh.....selalu kena saman
_______________

Memang kaya ponnnn...tak nampak ke sapa kat "belakang" dia...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails