Saturday, September 21, 2013

Berbikini Di Sukan Perpaduan Islam, M'sia Tak Bantah?


BENDERA negara-negara yang bertanding dalam Sukan Perpaduan Islam menghiasi perkarangan Kompleks Sukan Palembang di Palembang semalam.- AFP

SUKAN
Isu bikini cetus kontroversi di Sukan Perpaduan Islam

PALEMBANG - Sukan Perpaduan Islam yang akan berlangsung di Indonesia pada hujung minggu ini dihimpit kontroversi isu pemakaian bikini sukan oleh atlet wanita. Sebahagian negara meminta semua wanita menutup aurat untuk acara bola tampar, trek dan padang serta renang tetapi pihak penganjur enggan melarang pemakaian bikini itu.

"Jika sebahagian negara enggan menggunakan bikini, ia baik tetapi jika negara lain mahu menggunakannya, kami akan membenarkan," kata ahli jawatan kuasa penganjur, Djoko Pramono.
"Kami bersetuju mengguna pakai peraturan sukan antarabangsa termasuk etika berpakaian," tambahnya.

Beribu-ribu atlet dari 44 buah negara berpenduduk Islam termasuk Malaysia akan mengambil bahagian dalam temasya sukan tersebut pada hujung minggu ini. Namun, kata Djoko, hanya negara yang diperintah kerajaan Islam menentang pemakaian bikini dengan membuat aduan secara berkumpulan. Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan nama negara yang membuat aduan tersebut.

Tahun ini merupakan kali kedua temasya itu diadakan dengan Sukan Perpaduan Islam pertama berlangsung di Arab Saudi. - AFP
  
 

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails