Saturday, August 11, 2012

M'sia Berbangga Atletnya Begini, Apa Kata Mufti?

 Ratu terjun negara Pandelela Rinong menceriakan peluang memburu pingat kedua ...

RATU terjun negara, Pandelela Rinong mengesahkan statusnya selaku penerjun terbaik dunia selepas mara ke peringkat akhir dalam acara 10 meter platform wanita pada Sukan Olimpik 2012 malam tadi. Pada aksi di Pusat Akuatik Olimpik, London itu, Pandelela menamatkan saingan di tempat kelima selepas mengumpul 352.50 mata bagi melayakkan diri ke pentas akhir.

Kini, Pandelela sudah boleh berbangga selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok 12 penerjun terbaik pada temasya di London ini. Kejayaan penerjun berusia 19 tahun kelahiran Sarawak itu turut menghidupkan peluang Malaysia untuk memenangi pingat emas pertama pada temasya berprestij di dunia ini sejak tahun 1956. Selepas menduduki tempat kedua pada pusingan kelayakan semalam, Pandelela yang beraksi buat kali kedua pada Sukan Olimpik tampil dengan aksi yang lebih meyakinkan.

Pandelela yang meraih pingat emas acara tersebut pada Sukan Komanwel 2010, tampil konsisten tetapi mata yang dikumpulkannya agak menurun berbanding ketika beraksi pada peringkat kelayakan. Seorang lagi penerjun negara yang beraksi dalam acara tersebut, Traisy Vivien Tukiet terkandas seawal peringkat kelayakan selepas memungut 285.00 mata untuk menduduki tempat ke-22.
Pandelela Rinong and Leong Mun Yee competing in the 10m platform ...

Pandelela yang meraih pingat emas acara tersebut pada Sukan Komanwel 2010, nampak konsisten dengan prestasinya semalam tetapi mata yang dikumpulkannya agak menurun berbanding ketika beraksi pada peringkat kelayakan. Pada terjunan pertama dengan tahap kesukaran 3.2, Pandelela meraih 67.50 mata, diikuti 75.40 mata pada terjunan kedua bagi membolehkannya berada di kedudukan keempat.

Pada terjunan ketiga dengan tahap kesukaran 3.3, dia berjaya meraih 70.40 mata, namun mata kutipannya menurun pada terjunan keempat apabila meraih 67.20 mata pada tahap kesukaran yang sama. Pada terjunan terakhir dengan tahap kesukaran 3.2, dia mengumpul 72.00 mata dan turun ke tempat kelima, namun kedudukan tersebut sudah cukup untuk membolehkannya beraksi di final.
 MUN Yee dan Pandelela diberi ucap tahniah

Menyingkap kejayaan Pandelela pada kejohanan peringkat antarabangsa sebelum ini, dia memiliki reputasi yang tidak kurang hebatnya dalam acara individu. Dia mula mengukir nama pada Kejohanan Dunia pada tahun 2011 di Moscow yang menyaksikannya meraih pingat perak.
 Commonwealth Day 11: Pandelela Rinong

Sebelum itu pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dia meraih pingat gangsa dan tewas di belakang dua penerjun China. Pada temasya Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura, dia berjaya meraih pingat perak. Setakat ini, tahap kesukaran yang ditetapkan berjaya disempurnakannya dengan baik, cuma dia mengelak daripada berasa terlalu ghairah ketika melakukan entri.

Malaysia, yang 'Islam sebagai agama bagi Persekutuan', berbangga dengan pakaian atlenya begini.. Apa kata Mufti dan penasihat agama, Malaysia yang sudah merdeka 1/2 abad lebih tetapi tak tentu hala tuju, menyimpang dari agama negaranya?? (IH)

8 comments:

Anonymous said...

mesti mufti kata mereka tu Cina.

Anonymous said...

salam sejahtera. Malaysia IS a muslim country, tapi kenalah toleransi yang penduduknya bukan 100% muslim. janganlah busuk hati sangat. banyak sangat dah blog entry saudara ni masukkan gambar orang pakai swimsuit dan acapkali mengatakan agama persekutuan, sah ke tak sah puasa tu? pikir2kan la..saya juga hanya menyampaikan, walaupun beberapa ayat.

Anonymous said...

lagi satu. sila kreditkan gambar kepada newspaper ataupun rujukan asal ye. tak baik tempek gambar dan tak tunjuk kredit. itu kiranya mencuri.

Anonymous said...

Bro,

Pegi blajar lagi, sebut agama persekutun pun tak sah puasa? Lagi maksiat banyak, lagi tu kena dedah. Biarun si jahil pedih telinga dengar.

Inilah pikiran sesat UMNO. Gambar macam tu beambak dalam media...

Tahnah Ibnu Hasyim. Teruskan dakwah.

viva rinong said...

Sukan adalah satu satu nya activity yang boleh mengurang terlalu ramai orang berpolitik dan terlalu ramai belia merempit. Tolong asing kan sukan degan politik atau perkara lain. Secara kesuluruhan sukan telah melahirkan tokoh tokoh anak watan Malaysia yang manabur seluruh jiwa mereka kepada negara. Jagan dipertingkai kan kebolehan para peserta negara. Gladiator adalah cotoh terbaik Jeneral atau pelawan yang tidak berminat degan politik dan tidak berminat gila kuasa.Begitu juga sukan tanahair

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails