Friday, August 10, 2012

Telaga Tiub Bekalan Air: N/Aziz Dengar Taklimat


(TG Nik Aziz sedang diberi taklimat oleh pengurus besar AKSB Ir Haji Hanapi Mahmood mengenai telaga tiub di logi air Kelar.)

PASIR MAS: Dua buah telaga tiub yang dibina bagi menampung keperluan air di daerah ini telah mula beropersi bagi menampung keperluan penduduk di sekitar daerah ini. Dengan tambahan telaga tiub ini, ia dapat menaikan bekalan air ke daerah Pasir Mas dari biasa kepada 62 juta liter sahari.

Pengerusi Jawatankuasa Peruamahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md. Anizam Abdul Rahman berkata demikian sewaktu mengiringi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam lawatan mereka ke loji sauk Kelar dan pusat rawatan air Kelar, di sini.

Turut bersama dalam lawatan berkenaan, exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd Ir Haji Hanapi Mahmud. Lawatan berkenaan susulan ganguan air selama seminggu di daerah Pasir Mas baru-baru ini. Anizam memberitahu, bekalan air di daerah itu kini pulih selepas hujan mulai turun di hulu Kelantan dan penampungan bekalan melalui dua buah telaga tiub berkenaan.

Menjawab soalan pemberita mengenai kegiatan menyedut pasir di sepanjang sungai Kelantan yang dikatakan mengakibatkan ganguan air di daerah ini baru-baru ini, Anizam berkata ianya tidak menjadi punca kepada masalah yang timbul. “Kerja-kerja pasir tiada kena mengena dengan gangguan bekalan air,” katanya.

Kenyataan Anizam itu disokong oleh Pengarah Jabatan Parit dan Saliran (JPS) negeri Kelantan, Mat Rahim Ismail. “Kerja-kerja penyedutan pasir tidak menjejaskan paras air sungai. Semakin dalam sungai semakin banyak air yang masuk.

“Cuma kalau kerja-kerja penyedutan pasir berhampiran dengan tebing sungai, ia akan mengakibatkan tebing runtuh,” ujarnya. Ujarnya lagi, pasir di dalam sungai memang perlu diambil bagi mengelak sungai menjadi cetek. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails