Thursday, August 09, 2012

Tidak Boikot.. Kita Mahu Duit.. Cepat. -N/Aziz


Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menegaskan tidak sesekali akan memboikot penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti sebaliknya meminta bayaran royalti, yang menjadi hak negeri itu, disegerakan. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setakat ini Kerajaan Negeri tidak pernah berbincang untuk memboikot jawatankuasa yang diketuai, bekas Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad itu.

“Kita tidak boikot jawatankuasa ini, apa yang kita mahu duit ini diberikan kepada kita dan kalau boleh diberikan dengan cepat.

“Ini kerana harta itu adalah milik Kelantan, tidak perlu banyak bercakap, ia merupakan hak negeri ini,” katanya kepada media.

Terdahulu beliau menyampaikan Surat Aku janji Projek Pembangunan Tanah Anak Muda Negeri Kelantan kepada enam penerima di Dewan Teratai di Kompleks Kota Darul Naim, semalam. Nik Aziz juga memberitahu, beliau sudah menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV berhubung perkara tersebut. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails